APABILA pelanggan yang datang semakin berkurangan, Cik Narlyana Nassir yang menguruskan kedai keluarganya, Le Exotique di Holland Shopping Centre, berjinak-jinak menjual dalam talian bagi merancakkan perniagaannya.
Tanpa diduga, hasil percubaan di wadah penjualan Carousel merangsang penjualannya sehingga meningkat 30 peratus.