Penundaan GST naik disambut baik, tapi AP buat beberapa saranan
Feb 28, 2020 | 05:30 AM
KENAIKAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditunda selama setahun masih menjadi tumpuan beberapa Anggota Parlimen (AP) dalam hari kedua perbahasan Belanjawan semalam.
AP seperti Encik Cedric Foo (SMC Pioneer) akur kenaikan GST tidak boleh dielakkan disebabkan perbelanjaan berulang seperti penjagaan kesihatan yang meningkat.