Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perniagaan kian maju selepas berjaya atasi onak duri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perniagaan kian maju selepas berjaya atasi onak duri

Nov 18, 2018 | 05:30 AM



SATU masa dahulu, rumah Cik Salwah Baharudin dipenuhi dengan koleksi pakaian pengantin.



Selama hampir dua tahun, beliau menyediakan khidmat solekan dan pakaian pengantin di rumah hingga nama Charisma Bridal meningkat.



Melihat permintaan tinggi bagi perniagaan andamannya itu, beliau memberanikan diri membuka sebuah butik andaman pertama di Kandahar Street dengan pelaburan awal sebanyak $20,000.



Langkah itu ternyata membuka rezeki lebih luas bagi Cik Salwah, 38 tahun, yang kemudian meluaskan perniagaannya ke bidang lain seperti restoran yang menyediakan tempat bagi majlis perkahwinan, Charisma D'Venue, dan butik pakaian Charisma Mode.



Kesemua perniagaan itu kini diletakkan di bawah satu bumbung di lima unit rumah kedai yang disewa di Joo Chiat Place.



Beliau juga memiliki sebuah kantin, Warong Jahara, di sebuah bangunan perindustrian di Playfair Road, berdekatan Tai Sing.



"Satu lagi sebab saya terdorong membuka kedai ialah terdapat pelanggan yang kurang percaya apabila kita tidak mempunyai kedai, lebih-lebih lagi kerana kos andaman makan ratusan atau ribuan dolar. Jadi, saya rasa lebih baik saya membuka kedai. Lagipun, permintaan pun bertambah dan saya tidak dapat menampung koleksi pakaian pengantin di rumah,'' ujar Cik Salwah.



Namun, beliau akur menjalankan perniagaan di kedai mempunyai perbezaan yang berlainan kerana kos perniagaan tinggi dan masalah juga bertambah.



"Dulu, apabila kita jalankan perniagaan di rumah, kita 'one-man show'. Kita lakukan sendiri dan lebih mudah dikawal. Tetapi, apabila sudah mempunyai perniagaan di kedai yang lebih besar, kos operasi juga tinggi seperti sewa dan pekerja. Menguruskan pekerja juga tidak mudah,'' tambahnya, yang mempunyai 20 pekerja sepenuh masa.



Beliau pernah menghidap penyakit lupus sehingga menjejas daya ketahanan dan kelemahan otot sehingga terpaksa dirawat di hospital dan berkerusi roda selama enam bulan.



"Tempoh itu paling mencabar dalam hidup saya. Oleh sebab terpaksa, saya masih tetap kuatkan semangat menjalankan perniagaan dalam keadaan itu. Kontraktor dan peguam pun saya buat janji temu di hospital,'' singkapnya.



Selepas menjalankan perniagaan andaman, beliau melihat potensi meluaskan perniagaan dengan membuka restoran, Charisma D'Venue, yang menyediakan tempat bagi majlis perkahwinan, memanfaatkan kemahiran ibunya yang memang pandai memasak.



Baru-baru ini, beliau juga mengikat perjanjian dengan sebuah hotel lima bintang untuk menyediakan khidmat katering makanan bagi pelanggannya yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di hotel itu pada kadar harga berpatutan.



Apabila perniagaan beliau semakin besar, Cik Salwah sedar beliau tidak boleh melakukan segalanya seorang diri tetapi harus memberikan kepercayaan dan mengagihkan tugas kepada orang lain.



Sedar bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu, beliau mengambil orang luar untuk membimbing dan membantu dalam pengurusan perniagaan.



Contohnya, isu pentadbiran akaun kewangan syarikat diberikan kepada firma luar untuk menguruskannya.



"Pengurusan kewangan cukup penting dan jika tidak diurus dengan baik, ia boleh menjadi sebab sebuah perniagaan ranap. Jadi, saya pastikan perniagaan saya mempunyai sistem pengurusan akaun yang baik dan tersusun. Jika kita tidak mempunyai kemahiran, dapatkan orang luar untuk bantu kita,'' jelasnya.



Bagi peniaga kecil-kecilan yang mempunyai hasrat membuka kedai, nasihat Cik Salwah ialah jangan memperkecilkan keupayaan mereka.



"Sebelum membuat keputusan yang besar, kita sering memperkecilkan diri kita sendiri. Usah lakukan itu. Percaya diri kita sendiri. Jika kita fokus, insha-Allah kita akan berjaya,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >