Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis, IMDA dan MAS sekat platform dagangan 'online' tanpa lesen Arotrade

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Polis, IMDA dan MAS sekat platform dagangan 'online' tanpa lesen Arotrade

May 28, 2020 | 06:52 PM



PASUKAN Polis Singapura (SPF), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengambil tindakan untuk menyekat laman web platform perdagangan tidak dikawal, Arotrade.





Polis telah menerima aduan daripada sekurang-kurangnya 40 penduduk Singapura mengenai Arotrade, platform dalam talian yang didakwa didaftarkan di Belize.





Ia menawarkan perdagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) bagi kelas aset berbeza seperti saham, pertukaran wang asing, komoditi, wang kripto dan indeks menerusi laman web “www.arotrade.com”.





Kenyataan bersama SPF, IMDA dan MAS pada Khamis (28 Mei) menyatakan individu-individu itu telah memindahkan lebih $330,000 secara keseluruhan untuk berdagang melalui Arotrade.





Namun mereka kemudian mendapati perdagangan tanpa izin berlaku di akaun mereka, atau mereka menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan wang mereka, kata kenyataan itu.





Siasatan polis menunjukkan Arotrade telah dikaitkan dengan taktik pemasaran palsu, termasuk penggunaan artikel berita palsu yang secara palsu mendakwa bahawa individu terkemuka, termasuk pemegang pejabat politik Singapura, telah menyokong pelaburan dalam wang kripto untuk memperdaya dan memesongkan individu ke laman Arotrade.





Arotrade tidak mempunyai lesen dan oleh itu dilarang menjalankan perdagangan kontrak, tambah kenyataan tersebut.





Siasatan polis masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >