Portal pakej pelancongan halal firma setempat tarik minat syarikat global
Jun 05, 2015 | 05:30 AM
SEBUAH portal yang mengumpul produk pelancongan halal bagi perniagaan, yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, Crescentrating Pte Ltd, telah menarik minat daripada lebih 100 syarikat global.
Portal Muslim Travel Warehouse itu membolehkan ejen pelancongan mengakses pakej pelancongan menyeluruh bagi pengguna Muslim.