SEBAGAI pemilik sebuah perniagaan baru atau startup, Encik Muhammad Syakir Hashim sedar bukan mudah hendak menembusi pasaran Malaysia.
Namun firmanya, Skolafund Pte Ltd, mendapat peluang apabila terpilih menjadi antara 50 perniagaan baru dari Asean menyertai program 'accelerator' atau percepat penubuhan anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) tahun lalu.