Projek baru bantu perniagaan dan institusi pertahan dari serangan siber
May 17, 2016 | 05:30 AM
SATU inisiatif baru bagi membantu perniagaan dan institusi di sini mempertahan diri mereka daripada serangan siber yang semakin canggih dilancarkan semalam.
Projek yang dinamakan Pengurusan Risiko Siber (CyRiM) itu dilancarkan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan sokongan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Agensi Keselamatan Siber (CSA) dan lima lagi rakan industri.