PENGURUP Raffles Money Change (RMC) telah bekerjasama dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk menyediakan semua maklumat yang diperlukan berkaitan urus niaga berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
RMC, yang terletak di Clifford Centre, Raffles Place, dinamakan oleh MAS sebagai salah sebuah institusi kewangan di Singapura yang terlibat dalam kelemahan dalam kawalan pengubahan wang terlarang yang dikaitkan dengan firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB.