SEBILANGAN anggota masyarakat Melayu/Islam setempat berharap pertikaian antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan adik-beradiknya, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, berhubung rumah di 38 Oxley Road dapat dihuraikan secara aman tanpa perlu memanjangkan perbalahan di ruang awam.
Biarpun anak-anak kepada mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew kini masih bercanggah, beberapa pembaca Berita Minggu yang dihubungi juga berharap adik-beradik itu dapat mengetepikan perbezaan mereka dan kembali ke meja perbincangan demi mencari huraian yang boleh dipersetujui semua pihak.