JAKARTA: Nilai mata wang rupiah telah meningkat sejak Oktober lalu selepas bank negara Indonesia berkata ia menjangkakan mata wang itu dijangka lebih stabil tahun depan.
Timbalan Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo dalam satu temuramah Jumaat lalu berkata faktor-faktor domestic menunjukkan "nada lebih positif" bagi mata wang tersebut sementara arah dasar yang jelas oleh Lembaga Simpanan Federal Amerika akan menyokong pasaran.
Nilai rupiah telah meningkat 0.7 peratus bulan ini, kenaikan paling banyak di Asia, tidak termasuk Jepun.
"Kami melihat potensi nilai mata wang itu akan lebih kukuh, tetapi ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi domestik dan harga komoditi," kata Trian Fatria, pengamat penyelidikan kewangan di PT Bank Negara Indonesia.
Rupiah naik 1.2 peratus atau 13,745 rupiah berbanding sedolar Amerika pada 11.45 pagi, dan dijangka mencatatkan kenaikan terbesar sejak 9 Oktober lalu. - Bloomberg