Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Seminar BH-Huttons kupas pelaburan dalam rumah privet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Seminar BH-Huttons kupas pelaburan dalam rumah privet

Mar 19, 2018 | 05:30 AM



PADA usia 40 tahun, Encik Azmi Zainal sudah pun memiliki empat rumah privet di Singapura.



Seperti ramai rakyat Singapura yang lain, pengurus serantau itu pada mulanya memiliki flat lima bilik HDB yang pertama di Punggol.



Tetapi, bagaimanakah beliau melabur sikit demi sedikit sehingga berjaya memiliki empat rumah privet?



Dengar pengalaman beliau dalam satu seminar khas anjuran Berita Harian (BH) dan agensi hartanah, Huttons Asia.



Seminar BH-Huttons Menjana Kekayaan Melalui Hartanah itu akan diadakan pada Ahad, 15 April, di Teater The Festive Arts, Our Tampines Hub (OTH).



"Seminar ini diadakan untuk memperkasa masyarakat khususnya masyarakat Melayu/Islam mengenai peluang pelaburan hartanah yang boleh menjana peningkatkan harga dalam jangka panjang.



Dengan peningkatan harta itu, ia boleh digunakan bagi keperluan keluarga seperti simpanan untuk persaraan dan pembiayaan pendidikan anak-anak,'' kata Encik Nizam Adli, Pengarah Distrik Kanan Bersekutu Huttons.



Dengan ceramahnya bertajuk 'Dari flat HDB ke rumah privet: Apa yang perlu anda tahu?', beliau akan menjelaskan mengapa mempunyai inspirasi untuk meningkatkan aset dalam jangka panjang baik untuk keluarga.



Sejak suku ketiga tahun lalu, harga rumah privet di Singapura telah mulai pulih dan dijangka akan terus stabil.



Encik Lee Sze Teck, Ketua Penyelidikan Huttons, akan menjelaskan hala tuju pasaran hartanah di Singapura dalam seminar itu dan adakah masanya adalah baik untuk melabur dalam hartanah ketika ini.



Tentu sekali persoalan kemampuan menjadi tanda tanya apabila seseorang itu ingin melabur dalam hartanah.



Untuk mengupas isu itu, Encik Daniel Lim, Pengarah Penjualan Projek dan Pemasaran Huttons, akan menjelaskan pembiayaan yang perlu anda tahu dalam pelaburan hartanah.



Perspektif agama dalam menjana harta dalam jangka panjang akan dijelaskan Ustaz Tarmizi Wahid, pengasas Institut Safinah.



Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dalam pasaran hartanah. Daftar sekarang untuk menghadiri seminar itu!



Infografik: Menjana Kekayaan Menerusi Hartanah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >