DOLAR Singapura (Singdollar) naik berbanding dolar Amerika pada Isnin (6 Jun), yang bergelut untuk pulih selepas jatuh dek data pekerjaan mengecewakan Jumaat lepas.
Singdollar bernilai $1.3617 berbanding sedolar Amerika pada 12 tengah hari Isnin, naik 0.32 peratus.
Ia meningkat 0.1 peratus kepada $1.5439 berbanding euro, tetapi turun 0.1 peratus kepada $ 1.2729 berbanding yen.
Singdollar juga meningkat 0.58 peratus berbanding ringgit Malaysia, menjadikan seringgit Malaysia bernilai $3.014.
Jumaat lalu, Amerika berkata majikan di negara itu mencipta hanya 38,000 pekerjaan baru pada Mei, jauh di bawah 160,000 diramalkan - sekali gus menghentikan ramalan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Federal Amerika pada Jun.
A DBS Group Research report said that all eyes will be on Federal Reserve chair Janet Yellen's address to the World Affairs Council of Philadelphia on Monday night - on what she makes of the poor jobs data as well as for further clues as to when the next rate hike will take place.