Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Singtel, usaha sama StarHub-M1 bakal bangun rangkaian 5G

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singtel, usaha sama StarHub-M1 bakal bangun rangkaian 5G

Apr 30, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT telekomunikasi Singtel dan usaha sama StarHub dan M1 telah memenangi bidaan bagi mengoperasikan rangkaian 5G di Singapura.



Mengumumkannya semalam, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata lebih separuh dari Singapura akan mempunyai liputan rangkaian bimbit 5G menjelang akhir 2022 yang menjanjikan kelajuan 20 kali lebih tinggi dari rangkaian 4G.



Dua syarikat, Singtel dan TPG Telecom, telah meletakkan bidaan secara persendirian, manakala M1 dan StarHub meletakkan bidaan bersama setelah bidaan itu ditutup pertengahan Februari lalu.



Syarikat yang tidak memenangi bidaan itu, TPG Telecom, merupakan sebuah syarikat Australia.



Singtel dan usaha sama StarHub dan M1 akan diperuntukkan 100 Mhz dari 3.5Ghz gelombang radio setiap satu bagi melaksanakan rangkaian 5G itu.



Pemenang perlu memberikan liputan bagi sekurang-kurangnya separuh dari Singapura menjelang akhir 2022 dan meningkatkan liputan seluruh negara menjelang akhir 2025.



Mengulas, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran berkata kemenangan Singtel dan usaha sama M1-StarHub amat penting bagi Singapura.



"Ia amat penting dalam usaha Singapura bersedia bagi masa hadapan dari segi digital dan dalam keadaan yang mencabar ini, kita melihat pelaburan yang besar yang menunjukkan keyakinan syarikat terhadap ekonomi negara dan potensi 5G,'' ujar Encik Iswaran, dalam satu sidang akhbar di alam maya.



Beliau menambah prasarana digital yang fleksibel dan utuh amat penting terutama dalam keadaan semasa penularan Covid-19 ketika pergerakan terkawal.



Pemenang dipilih berdasarkan pelbagai faktor termasuk keupayaan kewangan, tawaran harga, keupayaan melaksanakan rangkaian dan rekaan rangkaian.



Ketua Eksekutif IMDA, Encik Tan Kiat How, berkata usulan yang dibentangkan itu memenuhi dan dalam beberapa kes, melebihi keperluan yang ditetapkan.



"Pemenang dipilih berdasarkan penilaian menyeluruh dan bagaimana usulan mereka dapat memberikan hasil terbaik bagi perniagaan dan pengguna di Singapura,'' jelasnya.



Menjelang 2025, Singapura akan mempunyai dua rangkaian di Singapura dengan keupayaan penuh 5G yang akan mendorong inovasi dan mewujudkan peluang yang menarik.



Teknologi 5G itu membolehkan individu melungsur di Internet dengan kelajuan 20 kali lebih pantas dari rangkaian 4G, dan keupayaan menghubungkan dengan alat sebanyak 1,000 kali lebih banyak.



Rangkaian 5G penuh akan menyokong aplikasi masa hadapan yang penting seperti navigasi kereta tanpa pemandu, Internet of Things (IoT), pembedahan menggunakan alat jarak jauh (remote).



Syarikat pengendali bimbit yang lain boleh mendapatkan khidmat rangkaian itu melalui satu aturan borong.



Ini bermakna Singtel, M1, StarHub, TPG Telecom dan pengendali rangkaian bimbit lain boleh menawarkan khidmat runcit 5G bagi pengguna.



Dalam kenyataannya, Ketua Eksekutif StarHub, Encik Peter Kaliaropoulos berkata pengguna akan dapat menikmati bukan sahaja kelajuan lebih pantas dan khidmat digital baru seperti augmented reality (realiti alam maya) bagi hiburan, pendidikan dan penjagaan kesihatan tetapi juga peluang bagi IoT yang membolehkan penghubungan banyak alat bagi menjadikan negara ini lebih bijak.




"Ia amat penting dalam usaha Singapura bersedia bagi masa hadapan dari segi digital dan dalam keadaan yang mencabar ini, kita melihat pelaburan yang besar yang menunjukkan keyakinan syarikat terhadap ekonomi negara dan potensi 5G."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >