KEKECEWAAN dirasakan Encik Muhammad Helmi Abdullah apabila beliau diberhentikan kerja oleh majikannya, Zalora, setelah syarikat e-dagang runcit itu mengecilkan operasinya di Singapura.
Setelah beberapa resume pekerjaan dihantar tanpa membawa hasil, nasib menyebelahinya apabila beliau dipelawa oleh bekas pengarah syarikat Zalora menyertai sebuah firma logistik yang dibaru dibentuknya.