PENGENDALI pengangkutan awam SMRT berkata ia telah memutuskan untuk tidak membuat bidaan bagi membeli Addison Lee, firma teksi terbesar London.
Dalam kenyataan kepada Singapore Exchange tadi, SMRT berkata ia telah ditawarkan oleh sebuah bank pelaburan tentang kemungkinan Addison Lee dijual.
"Setelah menimbangkan perkara tersebut, syarikat kami telah memutuskan untuk tidak membuat bidaan di peringkat ini untuk membeli Addison Lee," kata kenyataan itu.
Laporan media kelmarin melaporkan bahawa SMRT sedang menimbangkan untuk menawar 800 juta paun ($1.6 bilion) untuk membeli Addison Lee.