Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SPH meterai perjanjian dengan platform khidmat kreatif dalam talian terbesar China

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SPH meterai perjanjian dengan platform khidmat kreatif dalam talian terbesar China

Feb 27, 2017 | 12:03 PM



SINGAPORE Press Holdings (SPH) menandatangani pada Ahad (26 Feb) satu perjanjian usaha sama dengan platform perkhidmatan kreatif dalam talian terbesar di China, ZBJ Network, Inc.



Usaha sama tersebut, yang merupakan yang pertama di China oleh Bahagian Digital SPH, akan menyaksikan dua syarikat itu membangunkan sebuah platform perkhidmatan kreatif perniagaan ke perniagaan (B2B) dwibahasa dalam talian, yang dikatakan akan menjadi platform seumpama itu yang pertama.



Platform itu akan disasarkan pada syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura, Malaysia dan negara lain Asia Tenggara.



ZBJ Network, Inc. sedang mengendalikan zbj.com, iaitu pasaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kreatif, termasuk reka bentuk logo, penterjemahan, reka bentuk laman web dan pembangunan perniagaan.



Laman itu, yang dimulakan pada 2006, mempunyai lebih enam juta pengguna berdaftar dan 13 juta pembekal perkhidmatan, dengan nilai urus niaga sebanyak 7.5 juta yuan ($1.5 juta).



Perjanjian usaha sama itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Eksekutif SPH, Encik Anthony Tan, dan Presiden ZBJ Network, Inc., Encik Wang Nan, di Beijing.



Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing, dan Mayor Bandar Chongqing, Encik Zhang Guoqing.



Majlis itu diadakan menjelang mesyuarat Majlis Bersama Singapura-China bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) di Beijing.



Encik Tan berkata kerjasama itu membolehkan SPH menyediakan pakej sehenti menyeluruh bagi SME tempatan yang sedang mencari perkhidmatan kreatif setanding di sini dan dari China.



"Begitu juga perniagaan di China boleh mendekati pembekal perkhidmatan kita di sini. Ini satu langkah penting bagi kedua-dua syarikat, yang seterusnya akan menjalinkan hubungan lebih erat antara China dan Singapura," katanya.



Encik Wang berkata perkongsian itu akan memanfaatkan "data luas, perkhidmatan kreatif, pelanggan korporat dan rantaian bekalan ZBJ, untuk menyediakan perkhidmatan reka bentuk, pemasaran dan pembangunan perniagaan kepada perniagaan di Singapura dan Malaysia".



Nama platform baru itu serta maklumat lanjut akan diumum lewat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >