TEKNOLOGI adalah alat penting yang membolehkan generasi muda Melayu/Islam memulakan perniagaan pada kos lebih rendah.
Berkongsi pengalaman masing-masing dalam panel perbincangan semasa Sidang Perniagaan Melayu/Islam (MMBC) baru-baru ini, pengasas LoanGarage.com dan KreditAja.com, Encik Aidil Zulkifli, serta Pemilik Fluff Bakery, Cik Nursyazanna Syaira Mohammad Suhimi, berkata impian berniaga dapat menjadi kenyataan menerusi penggunaan teknologi.