Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tiga 'Dewi' kongsi jaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiga 'Dewi' kongsi jaya

Mar 01, 2019 | 05:30 AM



DALAM apa jua yang dilakukan pengasas Yummy Takoyaki, Cik Suryanie Ismail, 38 tahun, beliau percaya perlu ada azam dan keyakinan pada diri sendiri, diiringi dengan pengorbanan dan ketabahan.



"Cabaran yang bakal kita hadapi kadang-kala boleh mematahkan semangat kita, dan kita mesti bangkit dan melangkah ke depan," kata Cik Suryanie kepada Berita Harian menerusi panggilan telefon.



Berbekalkan sifat demikian, Cik Suryanie yang berimpian memiliki sebuah kedai sendiri tatkala beliau mula menjual snek Jepun, takoyaki, berjaya mencapai impiannya apabila beliau membuka sebuah kedai di East Village pada 2017.



"Permintaan takoyaki kian meningkat dan saya fikir sudah masanya saya mengambil cabaran baru dalam hidup dan membuka kedai sendiri. Ia bukan satu keputusan mudah, memandangkan saya sudah bekerja sepenuh masa melebihi 10 tahun dan untuk meninggalkan pekerjaan tetap adalah satu keputusan sukar," jelas Cik Suryanie tentang penubuhan kedainya.



Beliau kini sudah lima tahun mengusahakan perniagaan Yummy Takoyaki sejak lewat 2014.



Perjalanan Cik Suryanie dalam mengurus niaga Yummy Takoyaki bakal beliau kongsi di acara Influence-Her.



Acara Influence-Her, anjuran cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Usahawan Dinamik Wanita Antarabangsa (Dewi) bersama Rose Valley, bakal menampilkan usahawan setempat dan luar negara.



Selain Cik Suryanie, dua lagi usahawan wanita bakal berkongsi pengalaman dan aspek penting dalam perniagaan mereka iaitu Cik Rachel Lim, pengasas bersama jenama fesyen dalam talian setempat, Love, Bonito dan selebriti Neelofa, juga pengasas syarikat pengeluar tudung jenama antarabangsa, Naelofar Hijab.



Acara tersebut yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa akan berlangsung pada 31 Mac, 5.30 petang, di The Joyden Hall di Bugis+.



Ia turut menyediakan jamuan makan malam lapan hidangan dengan persembahan istimewa oleh bakat setempat, Azura Goh.



Presiden Halimah Yacob bakal menyerikan acara sebagai tetamu undangan.



Mengulas tentang undangan tiga usahawan wanita tersebut di acara Influence-Her, pengerusi Dewi@DPPMS, Cik Fadilah Majid, berkata:



"Usahawan-usahawan wanita ini diundang menjadi speaker bagi acara Influence-Her kerana DPPMS percaya perjalanan usahawan mereka boleh menjadi sumber inspirasi dan pembelajaran kepada para hadirin.



"Speaker terpilih kami adalah bukti bahawa semua wanita, tidak kira latar belakang mereka, mempunyai peluang dan keupayaan untuk menjadi usahawan wanita berjaya.



"Sebagai contoh seperti Neelofa, seorang selebriti yang telah membina empayar fesyen dan kini membawa jenama dan minatnya di wilayah. "Pengasas sama Love, Bonito, Cik Rachel Lim, memulakan perniagaan sebagai 'blogshop' iaitu menerusi blog di dalam talian dan kini mempunyai dua cawangan dan kehadiran digital yang berjaya, dan akhir sekali Cik Suryanie Ismail mula berniaga dari rumah dengan menjual takoyaki di bawah jenama Yummy Takoyaki dan kini beroperasi di sebuah kedai miliknya serta mempunyai penggemar tersendiri.



"Kami percaya usahawan wanita berjaya ini boleh memberi inspirasi kepada pelbagai usahawan di luar sana dan meyakinkan mereka bahawa dengan minat dan visi, mereka juga boleh membina sebuah perniagaan yang berjaya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >