SYARIKAT penerbangan tambang murah Singapura, Tiger Airways, dikatakan merancang menutup usaha sama di Indonesia kecuali terdapat isyarat keadaan pulih tahun ini, menurut satu sumber Reuters.
Tiger yang mempunyai 35.8 peratus perkongsian dalam PT Mandala Airlines, dikatakan menghadapi kerugian $40 juta dalam usaha sama dengan Tigerair Mandala sejak April hingga Disember tahun lalu.