Sejajar dengan gesaan pemerintah agar kaum wanita yang sudah meninggalkan dunia pekerjaan, kembali menyumbang kepada ekonomi, lebih ramai wanita kini mengambil peluang daripada ekonomi gig - khususnya industri penghantaran makanan. Wartawan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau lima wanita lasak, yang giat mencari rezeki sebagai 'rider' penghantaran.
SEJAK berhenti kerja untuk menjadi pekerja penghantaran makanan sepenuh masa, banyak cabaran dihadapi Cik Nur Liyana Mohamad Sazali, lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita yang menunggang motosikal.