Zainudin dilantik pengarah bebas Old Chang Kee

ANGGOTA Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Zainudin Nordin, telah dilantik sebagai pengarah bebas bagi syarikat pengeluar produk makanan Old Chang Kee Ltd.

Menurut kenyataan firma yang tersenarai di papan penyenaraian Catalist itu, Encik Zainudin juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Gaji dan anggota Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan