Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

1,000 asrama perlu penuhi piawaian prasarana sementara jelang 2030: MOM

Oct 11, 2023 | 03:13 PM



Menjelang 2030, sekitar 1,000 asrama pekerja asing perlu beralih kepada set piawaian prasarana sementara yang bertujuan meningkatkan keupayaan mereka untuk membendung wabak penyakit pada masa depan.

Namun, beberapa piawaian sementara itu, yang termasuk ruang kediaman minimum 3.6 meter persegi bagi setiap penduduk, tidak mencapai piawaian lebih tinggi yang diumumkan pada 2021.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Rabu bahawa menjelang 2040 pula, sebanyak 1,000 asrama tersebut perlu beralih kepada piawaian yang diumumkan pada 2021.

Sebanyak 1,000 asrama tersebut yang mempunyai sekitar 235,000 ruang katil, adalah gabungan yang dibina khas di samping pembangunan perindustrian atau gudang yang sebahagiannya ditukar menjadi asrama pekerja.

MOM berkata sebahagian besar asrama yang layak akan beralih kepada piawaian sementara secara berperingkat antara 2027 dengan 2030 dengan “segelintir kecil” asrama besar berbuat demikian lebih awal kerana mereka dinilai mempunyai risiko kesihatan awam lebih tinggi.

Di bawah set piawaian yang diperbaiki buat asrama pekerja yang diumumkan pada September 2021, keperluan utama termasuk mempunyai had 12 penghuni setiap bilik, sekurang-kurangnya jarak satu meter antara katil, minimum 4.2 meter persegi ruang kediaman bagi setiap penghuni dan sekurang-kurangnya satu tandas bagi setiap enam penghuni.

Sebagai sebahagian piawaian sementara yang diumumkan pada Rabu, ruang kediaman minimum yang diperlukan setiap penghuni adalah lebih rendah iaitu seluas 3.6 meter persegi. Ini sejajar dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa bagi kediaman pekerja.

Jarak satu meter antara katil yang dimandatkan juga kini diletakkan sebagai “disarankan”, dan bukan diwajibkan.

Selain itu, asrama yang mempunyai kekangan prasarana ketara juga akan dibolehkan untuk tidak memenuhi keperluan tandas tersebut, tertakluk kepada kelulusan MOM mengikut kes.

Penambahbaikan lain di bawah piawaian yang dipertingkat, seperti menawarkan WiFi di semua bilik, tidak dimasukkan ke dalam piawaian sementara terbaru itu.

MOM berkata ini kerana skim peralihan asrama pekerja memberi tumpuan kepada perubahan prasarana kritikal yang menjadikan asrama lebih berdaya tahan terhadap risiko kesihatan awam.

Ia juga agak sukar bagi bangunan sedia ada untuk mematuhi dengan keperluan seperti mereka bentuk sistem kumbahan bagi membolehkan pengawasan air sisa kerana ini akan memerlukan pengubahsuaian besar dan agak mahal, jelas MOM.

Kementerian itu berkata: “Memandangkan risiko wabak penyakit berskala besar seperti Covid-19 kian meningkat secara berterusan akibat beberapa sebab, terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan peralihan ini secepat mungkin.”

Kementerian itu menyatakan pendekatan berperingkat untuk penambahbaikan – berlaku di tengah-tengah kadar sewa katil asrama yang melambung tinggi dan pasaran perumahan pekerja yang lebih ketat – adalah untuk memastikan terdapat katil mencukupi untuk memenuhi keperluan majikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >