Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90% sewa kedai HDB tidak berubah dalam 5 tahun; pemerintah sedar ‘kenaikan mendadak’ sewa kedai milik privet

Sep 24, 2025 | 5:55 PM
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus menyediakan kedai baru dalam pembangunan perumahan awam dan menambah bekalan runcit di kawasan sedia ada jika perlu.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus menyediakan kedai baru dalam pembangunan perumahan awam dan menambah bekalan runcit di kawasan sedia ada jika perlu. - Foto Fail BT

Sejak lima tahun lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak menaikkan sewa bagi 90 peratus kedai yang disewakan, kata Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara, Cik Sun Xueling, pada 24 September.

Namun, pemerintah  sedar sewa setiap kaki persegi (psf) bagi kedai yang dimiliki secara privet telah “naik secara mendadak”, tambahnya.

“Sewa mereka ditentukan oleh pemilik masing-masing, sama seperti harta privet lain,” jelas beliau.

Ini selaras dengan peningkatan transaksi sewa untuk unit yang lebih kecil, yang biasanya mempunyai sewa psf lebih tinggi, katanya.

Sewa untuk kedai HDB telah meningkat dengan lebih sederhana, dengan peningkatan purata antara 1.3 dengan 3.3 peratus setiap tahun sepanjang tiga tahun lalu, lapor The Business Times (BT).

Cik Sun berkata demikian ketika menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) mengenai trend kenaikan sewa kedai HDB, perbandingan antara kedai HDB dengan kedai milik privet, serta sama ada kekurangan bekalan menyebabkan kenaikan sewa.

Daripada sekitar 15,500 kedai HDB di seluruh negara, sekitar 7,000 disewakan oleh HDB – biasanya untuk tempoh tiga tahun – sementara 8,500 telah dijual dan kini dimiliki secara privet.

HDB menghentikan penjualan kedai-kedainya pada 1998, kata Cik Sun.

Untuk kedai yang dimiliki secara privet, 740 telah dijual dengan pajakan 30 tahun, dengan lebih 80 peratus daripadanya tinggal kurang daripada 10 tahun tempoh pajakan. 

Kedai-kedai itu akan dikembalikan secara berperingkat kepada HDB.

Sebanyak 7,700 kedai yang dijual dengan pajakan 99 tahun masih mempunyai baki pajakan lebih 30 tahun.

Mengenai penyewaan semula, Cik Sun berkata HDB tidak mengumpul data tersebut, kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian kontrak antara penyewa utama dengan penyewa baru.

“Kami memahami kebimbangan bahawa penyewaan semula boleh meningkat dengan lebih ketara berbanding sewa yang dikenakan HDB kepada penyewa utama,” katanya. 

“HDB akan terus memantau dan mencari cara untuk memberi lebih banyak maklumat kepada pihak berkepentingan.

“HDB akan terus menyediakan kedai dalam pembangunan perumahan baru dan menambah bekalan runcit di kawasan sedia ada, termasuk secara selektif memperoleh kedai HDB milik privet jika perlu.”

Secara keseluruhan, bekalan kedai HDB akan meningkat, dengan bahagian yang lebih besar akan disewakan secara langsung oleh HDB.

Menjawab soalan tambahan daripada AP GRC Kebun Baru, Encik Henry Kwek, tentang keutamaan perniagaan penting seperti gerai makanan dimasak, Cik Sun berkata perkhidmatan seperti itu akan diberi lebih perhatian.

Beliau mengulangi bahawa HDB mungkin campur tangan untuk memperoleh kedai jika terdapat kekurangan pada perkhidmatan penting seperti makanan atau penjagaan kesihatan di sesebuah kawasan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg