Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BERITA

Abu Bakar dipilih Presiden baru DPPMS

Jun 01, 2023 | 07:49 PM



USAHAWAN mapan Encik Abu Bakar Mohd Nor telah dipilih sebagai Presiden baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi penggal terkini dari 2023 hingga 2025.

Beliau menggantikan Encik Farid Khan yang memutuskan untuk mengundur diri setelah memimpin DPPMS sejak empat tahun lalu.

Mesyuarat Agung Tahunan DPPMS, yang berlangsung pada Khamis di Village Hotel Bugis, turut menyaksikan lima anggota baru dalam kalangan 15 anggota lembaga pengarah yang dipilih.

Antaranya termasuk Dr Abdul Malik Hassan, pengarah bersama Selera Rasa Nasi Lemak; dan Encik Mohamed Shehzad, ketua pegawai operasi Ethis SG Core Pte Ltd, yang dipilih bagi jawatan penolong bendahari.

Wajah baru yang turut dipilih sebagai anggota lembaga pengarah termasuk ketua pegawai eksekutif Mizium Pte Ltd, Ustaz Tarmizi Wahid; pengarah urusan Phoenix Consultant Agency, Encik Feroz Akbar; dan pengarah urusan HSG Global Pte Ltd, Encik Abdul Latip.

Sementara itu, Encik Azhar Othman dipilih sebagai timbalan presiden, manakala Cik Fadilah Majid dan Dr Abdul Malik Hassan pula dipilih sebagai naib presiden. Encik Suhaimi Salleh kekal sebagai pengerusi tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >