Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ahli lembaga mesti bantu transformasi pertubuhan: Pengerusi SID

Aug 21, 2023 | 02:24 PM



Anggota lembaga pengarah seharusnya aktif membantu dalam melaksana pembaharuan semula pertubuhan mereka dan bukan hanya menumpu pada pematuhan peraturan dan mencapai matlamat prestasi pertubuhan masa kini, kata pengerusi Institut Pengarah Singapura (SID), Cik Wong Su-Yen.

Justeru, pengarah mesti memahami strategi pertubuhan dan mengetahui pelbagai topik dalam persekitaran yang sentiasa berubah ini.

“Mempunyai pengetahuan tentang peraturan dan memahami strategi dan arah tuju pertubuhan penting kerana salah satu ancaman yang pertubuhan hadapi timbul daripada transformasi,” kata Cik Wong.

Persekitaran yang sentiasa berubah menyebabkan pertubuhan untuk memikirkan semula tentang cara mereka beroperasi. Lantaran itu, lembaga harus mempunyai pelbagai kepakaran untuk mencartakan ketidakpastian dalam bahagian berbeza, katanya lagi.

Dalam satu wawancara bersama The Business Times, Cik Wong kata, tiga tunggak utama bagi pengarah lembaga yang sudah bersedia pada masa depan adalah untuk mematuhi, melaksanakan dan membuat pembaharuan semula. Lembaga yang menambah nilai juga harus mempunyai kepelbagaian latar belakang.


Namun, ramai pengarah hari ini masih tumpu pada pematuhan.

Menurut Tinjauan Pengarah Lembaga Singapura SID 2022, kurang daripada 50 peratus syarikat yang ditinjau mengadakan sesi yang memberi tumpuan pada strategi. Di kalangan syarikat tersebut, lebih daripada separuh syarikat menyatakan bahawa pembangunan dan pelaksanaan strategi diserahkan kepada pihak pengurusan.

Bagi menubuhkan standard “menyeluruh” dan membantu lembaga mengenal pasti pengarah dengan kecekapan yang diperlukan, SID pada Ogos mengumumkan satu rangka kerja akreditasi untuk pengarah lembaga.

Rangka kerja itu berdasarkan modal Kecekapan Pengarah SID melampaui tumpuan konvensyen terhadap tugas dan pentadbiran pengarah. Ia turut mempertimbangkan kemampanan, strategi, kemahiran digital, modal insan dan kemahiran kewangan. Menurut Cik Wong, ini bagi memastikan bahawa pengarah bertauliah mempunyai pandangan luas pertubuhan untuk membantu memimpin mereka pada masa depan.

Tinjauan SID juga mendapati, walaupun 78 peratus responden mempunyai dasar kepelbagaian lembaga, hanya 53 peratus yang meningkatkan kepelbagaian lembaga mereka.

Kata Cik Wong, kepelbagaian adalah tambahan. “Hanya kerana anda mempunyai anggota untuk memenuhi kriteria kepelbagaian, ia tidak bermakna anda tidak perlu mempenuhi kriteria lain.”

Kepelbagaian juga terdiri daripada pelbagai dimensi dan melampaui jantina, bangsa dan usia.

“Kita cuba melampaui jantina untuk memastikan bahawa kita mempunyai kepelbagaian dimensi lain dalam bilik lembaga kerana bilik lembaga masa depan memerlukan pelbagai pandangan,” katanya.

Walaupun penting mempunyai pandangan berbeza dalam bilik lembaga, pengarah juga perlu menyedia dan menyelaraskan idea bernas dan ini bermakna mencapai keseimbangan antara mencabar dan menyokong pihak pengurusan, kata Cik Wong.

Justeru, SID juga sedang berusaha melatih pengarah tentang aspek tingkah laku pekerjaan selain membina kemahiran dan pengetahuan.

Pada Julai 2023, SID melancarkan Program Kesediaan Lembaga untuk mempersiapkan eksekutif kanan dan profesional untuk jawatan pengarah lembaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >