Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amazon suntik $2b dalam niaga di S’pura pada 2023

Nov 28, 2024 | 5:44 PM
Anak syarikat Amazon, Amazon Web Services, pada Mei 2024 berkata ia akan melabur $12 bilion ke dalam prasarana awannya yang sedia ada di Singapura dalam tempoh empat tahun akan datang.
Anak syarikat Amazon, Amazon Web Services, pada Mei 2024 berkata ia akan melabur $12 bilion ke dalam prasarana awannya yang sedia ada di Singapura dalam tempoh empat tahun akan datang. - Foto BT

Syarikat gergasi runcit dalam talian Amazon mengumumkan pada 28 November bahawa ia telah menyuntik lebih $2 bilion ke dalam perniagaan runcit dan awannya di Singapura pada 2023.

Jumlah itu terdiri daripada modal belanja, termasuk penambahbaikan kepada prasarana sedia ada seperti pusat pemprosesan pesanan, stesen penghantaran dan pusat data.

Ia juga meliputi perbelanjaan operasi, seperti belanja berkaitan teknologi, keselamatan, pengembangan program untuk pelanggan, rakan kongsi penghantaran, perniagaan kecil dan sederhana, dan pampasan pekerja.

Sebuah firma perunding pihak ketiga, Keystone Strategy, menganggarkan pelaburan Amazon di Singapura menyokong lebih 4,000 “pekerjaan tidak langsung” dalam bidang seperti pembinaan, logistik dan perkhidmatan profesional lain, lapor The Business Times.

Ini merujuk kepada pekerjaan yang dicipta oleh syarikat lain hasil daripada pelaburan dan kegiatan Amazon.

Satu tinjauan Amazon juga mendapati bahawa perniagaan Singapura yang menjalankan jualan di wadah itu mencipta lebih 6,000 pekerjaan untuk menyokong kegiatan perniagaan berkaitan Amazon mereka.

Pada Mei, anak syarikatnya, Amazon Web Services, mengumumkan ia akan melabur $12 bilion ke dalam prasarana awannya yang sedia ada di Singapura sepanjang empat tahun akan datang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan awan.

Ini di samping suntikan $11.5 bilion ke republik ini dari 2010 hingga 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg