Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apple akan perkenal komputer Mac terbaru

Oct 25, 2023 | 6:04 PM
KOMPUTER LEBIH CANGGIH: Apple dijangka melancarkan komputer Mac baru yang lebih canggih pada hujung Oktober.
KOMPUTER LEBIH CANGGIH: Apple dijangka melancarkan komputer Mac baru yang lebih canggih pada hujung Oktober. - Foto REUTERS

Syarikat teknologi Apple akan melancarkan komputer Mac terbaru yang lebih canggih pada 30 Oktober ini.

Ini dijangka merupakan pelancaran terakhir produk Apple bagi 2023.

Selasa lalu, syarikat pengeluar telefon bijak iPhone itu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan produk terbarunya itu pada minggu depan, dengan menggelar acara tersebut sebagai Scary Fast (Pantas Yang Menakjubkan), lapor The Business Times.

Acara itu akan berlangsung pada 5 petang waktu California (8 pagi Singapura, 31 Oktober), dan disiarkan di laman web Apple dan khidmat video dalam talian seperti YouTube.

Komputer Mac terbaru itu – jenis komputer untuk diletak atas meja – dijangka menjadi produk utama yang diperkenalkan dalam acara itu.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan bahawa Apple merancang menganjurkan pelancaran produk itu minggu depan – pelancaran kedua syarikat itu bulan ini.

Minggu lalu, Apple melancarkan Alat Pena stylus yang lebih murah untuk tablet iPad khusus untuk pelajar.

Bekalan bagi komputer riba mewah yang sedia ada, MacBook Pro 14-inci dan 16-inci, serta komputer ‘desktop’ iMac semua-dalam-satu, telah berkurangan di kedai Apple dan kedai peruncit seperti Best Buy dan Amazon.com.

Pengguna yang cuba membuat pesanan bagi model komputer tertentu dari laman web Apple telah dimaklumkan bahawa produk berkenaan tidak akan dihantar sehingga November ini. Ini biasanya merupakan petanda bahawa produk baru Apple bakal diperkenalkan.

Usaha menjenamakan pameran produk terbarunya sebagai Scary Fast membayangkan bahawa Apple bersedia untuk memperkenalkan cip M3 Mac lebih canggih, yang akan meningkatkan prestasi komputernya dengan ketara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg