Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

iPhone baru Apple guna cip lebih pantas, kamera lebih bermutu

Sep 13, 2023 | 02:02 PM



Apple pada Selasa (Rabu waktu Singapura) melancarkan generasi iPhone terkininya – barisan yang menampilkan kamera lebih baik, sistem pemprosesan lebih pantas, wadah pengecasan baru dan kenaikan harga untuk model kelas paling atas itu.

Pelancaran di ibu pejabat Apple di Cupertino, California, muncul sedang syarikat itu cuba memulihkan kemerosotan kecil yang menyaksikan penurunan jualannya dari tahun lalu sepanjang tiga suku berturut-turut.

Kelesuan penjualan itu merupakan sebab utama harga saham Apple susut kira-kira 10 peratus sejak pertengahan Julai, menjatuhkan nilai pasaran syarikat di bawah ambang AS$3 trilion ($4.09 trilion) yang dicatat buat kali pertama awal musim panas ini.

Namun pelabur nampaknya tidak kagum dengan apa yang dilancarkan oleh Apple pada Selasa.

Saham syarikat itu jatuh hampir 2 peratus pada Selasa, penurunan yang lebih curam daripada indeks pasaran utama.

Seperti yang berlaku dengan Apple dan pembuat telefon pintar lain, empat jenis model iPhone 15 tidak menampilkan sebarang lonjakan besar dari sudut teknologi.

Tetapi Apple menambah pelbagai ciri baru yang mencukupi kepada model teratas – iPhone 15 Pro Max – untuk meningkatkan harga permulaannya sebanyak $100, atau 9 peratus berbanding versi tahun lalu kepada AS$1,200.

Sebagai sebahagian daripada harga asas yang lebih tinggi, iPhone 15 Pro Max termurah akan menyediakan 256 megabait ruang simpanan – meningkat daripada 128 megabait berbanding versi paling murah iPhone 14 Pro Max. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >