Apple telah mengeluarkan telefon bijak iPhone 16, dengan ciri terbaru bertujuan untuk menarik perhatian pengguna.
Selain peningkatan perkakasan, iphone 16 juga akan memanfaatkan teknologi AI (kecerdasan buatan) yang masih dalam perkembangan.
Dalam satu acara pada 9 September, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Encik Tim Cook, memperkenalkan telefon bijak terbaru itu selain rangkaian jam bijak dan telefon telinga yang baru, disertakan dengan kemudahan teknologi AI.
Menurut Encik Cook, dengan kuasai teknologi AI, iPhone 16 dibina “dengan sangat teliti” meskipun keupayaannya akan bertambah secara bertahap-tahap melalui kemas kini perisian.
Ia ibarat satu permainan strategi bagi intelek teknologi yang berlumba-lumba menghasilkan sebuah set peralatan yang dinamakan Apple Intelligence.
Walaupun Apple menggembar-gemburkan teknologi ini sejak Jun, perisian berikut tidak akan disertakan dalam versi awal iPhone baru.
Ia hanya akan dijual mulai Jumaat setelah produk itu tersedia di pemasaran pada 20 September.
“Ini hanyalah permulaan,” kata ketua perisian Apple, Encik Craig Federighi, semasa pembentangan.
Set pertama akan dikeluarkan pada Oktober, setelah ujian beta - “dengan lebih banyak ciri akan dilancarkan pada bulan-bulan akan datang,” tambah beliau.
Selain itu, Apple turut melancarkan versi jam tangan bijaknya dengan skrin yang lebih besar dan keupayaan mengesan apnea tidur.
AirPods pula dilancarkan untuk menjadi alat bantuan pendengaran.
Syarikat Apple hanya membuat perubahan yang kecil pada rupa peranti dan ciri perkakasan iphone 16.
iPhone 16 dan 16 plus kini tersedia dalam pilihan warna baru sementara butang tindakan yang boleh disesuaikan hanya tersedia pada model yang lebih tinggi sahaja.
Terdapat juga cip yang lebih berkuasa serta butang Kawalan Kamera baru yang membolehkan pengguna merakam gambar dan mengakses fungsi kamera dengan lebih mudah.
Model Pro yang baru pula mempunyai paparan yang lebih besar dengan badan yang tipis.
Dengan komponen kamera dan ciri video yang lebih mantap, pengguna dapat ambil gambar yang mempunyai resolusi lebih tinggi.
Ia juga akan memanfaatkan pemprosesan A18 Pro, bahagian cip yang direka untuk mengendalikan tugas AI, dengan enjin yang dinaik taraf.
Seperti Google Alphabet dan Microsoft, Apple kini mengejar dunia kecerdasan buatan generatif. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg