AS kerah armada perang ke Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS kerah armada perang ke Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan Iran

Pengerahan dibuat meski Trump suarakan harapan elak serangan baru ke atas Iran
Jan 23, 2026 | 11:57 AM

AS kerah armada perang ke Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
AS, Donald Trump, Program Nuklear Iran
Kapal perang Amerika termasuk kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln, beberapa kapal pemusnah dan pesawat pejuang mula bergerak ke Timur Tengah dari Asia Pasifik pada minggu lalu. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan aset ketenteraan lain akan tiba di Timur Tengah dalam beberapa hari akan datang, kata dua pegawai Amerika pada 22 Januari.

Pengerahan armada itu dibuat meskipun Presiden Donald Trump menyuarakan harapan untuk mengelakkan serangan baru ke atas Iran.

Kapal perang Amerika termasuk kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln, beberapa kapal pemusnah dan pesawat pejuang mula bergerak dari Asia Pasifik minggu lalu ketika ketegangan antara Iran dengan Amerika meningkat susulan tindakan keras terhadap protes di seluruh Iran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Salah seorang pegawai berkata sistem pertahanan udara tambahan juga sedang ditimbang untuk Timur Tengah.

Amerika sering meningkatkan kehadiran tenteranya di Timur Tengah pada saat-saat ketegangan serantau memuncak.

Tentera Amerika pernah ditingkatkan secara besar-besaran menjelang serangan terhadap program nuklear Iran pada Jun lalu.

Encik Trump telah berulang kali mengancam untuk campur tangan terhadap Iran atas pembunuhan penunjuk perasaan baru-baru ini di negara itu tetapi protes berkurangan minggu lalu dan retoriknya mengenai Iran telah reda.

Beliau sebaliknya mengalihkan pandangannya kepada isu geopolitik yang lain, termasuk usahanya untuk mengambil alih Greenland.

Pada 21 Januari, Encik Trump berkata beliau berharap tidak akan ada tindakan ketenteraan Amerika selanjutnya di Iran, tetapi berkata Amerika akan bertindak jika Teheran menyambung semula program nuklearnya.

Dalam satu temu bual di Davos, Switzerland, Encik Trump menyatakan serangan udara besar-besaran Amerika ke atas kemudahan nuklear Iran pada Jun 2025 akan berlaku lagi jika mereka melakukannya.

Kini sekurang-kurangnya tujuh bulan sejak badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kali terakhir mengesahkan stok uranium yang sangat diperkaya di Iran. Pengesahan itu harus dilakukan setiap bulan.

Iran mesti memfailkan laporan kepada IAEA tentang apa yang berlaku di tapak-tapak yang diserang oleh Amerika dan bahan nuklear termasuk anggaran 440.9 kilogram uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus ketulenan.

Jika diperkayakan lagi ia boleh menghasilkan 10 bom nuklear, menurut ukuran IAEA.

Tidak jelas sama ada protes di Iran juga boleh melonjak semula.

Protes bermula pada 28 Disember di Grand Bazaar Teheran mengenai kegawatan ekonomi dan cepat merebak ke seluruh negara.

Kumpulan hak asasi manusia HRANA yang berpangkalan di Amerika berkata setakat ini ia telah mengesahkan 4,519 kematian dalam protes berkenaan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg