Dalam merancang persaraan, anda harus bermula dengan menetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai, diikuti dengan merangka pelan tindakan untuk merealisasikannya.
Pendekatan itu harus bersifat holistik, dengan mengambil kira semua sumber kekayaan anda termasuk pendapatan pekerjaan, caruman dan faedah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta pelaburan.
Memulakan strategi pelaburan persaraan seawal usia 20-an atau 30-an amat berbaloi kerana pulangan dapat berkembang lebih cepat melalui faedah kompaun.
Namun begitu, tidak pernah terlambat untuk bermula.
Berikut senarai semak lengkap bagi memastikan pelan persaraan anda teratur dan menyeluruh.
Di Singapura, CPF ialah tonggak utama dalam membantu warga dan Penduduk Tetap menabung untuk persaraan.
Majikan dan pekerja membuat caruman bulanan dan memperoleh faedah bebas risiko antara 2.5 peratus dengan 4 peratus setahun (ditambah faedah tambahan sehingga 2 peratus).
Simpanan CPF boleh digunakan untuk membeli rumah, menampung pendidikan, penjagaan kesihatan, dan akhirnya persaraan.
Simpanan itu akan menentukan jumlah bayaran bulanan CPF LIFE selepas usia 65 tahun.
Skim Persaraan Tambahan (SRS) pula melengkapi CPF dengan galakan penjimatan tambahan serta manfaat cukai yang ketara.
Data menunjukkan rakyat Singapura memerlukan sekitar $1.3 juta untuk persaraan yang selesa.
Walaupun caruman kecil yang dibuat secara tekal, ia boleh berkembang dengan ketara dari semasa ke semasa.
Memulakan perancangan awal membolehkan anda:
• Mengambil peluang pelaburan jangka panjang
• Membina dana lebih kukuh
• Mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan strategi
Pulangan akan berkembang secara eksponen dengan masa – permulaan awal 20 tahun untuk pelaburan $10,000 boleh menggandakan hasil menjelang 40 tahun.
Pelan yang kukuh juga harus mengambil kira matlamat kehidupan lain seperti pemilikan rumah, pendidikan anak, atau sokongan untuk ibu bapa berusia.
1) Simpan: Disiplinkan diri untuk menyimpan sebahagian pendapatan. Maksimumkan faedah CPF, SRS dan skim pelepasan cukai.
2) Tingkat Kuasa Pendapatan: Tingkatkan kemahiran atau lakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan.
3) Melabur: Ambil risiko secara terukur selaras dengan pulangan yang diingini.
Peruntukkan dana untuk setiap matlamat berdasarkan jangka masa, kemudian hitung semula jumlah simpanan dan pelaburan yang diperlukan.
Perancangan persaraan terdiri daripada beberapa fasa. Berikut cara mendekati setiap peringkat:
1) Saya belum mula merancang
• Semak perbelanjaan dan cari ruang untuk menyimpan.
• Bayangkan gaya hidup persaraan anda.
• Pelajari cara akaun CPF berfungsi dan bagaimana simpanan anda boleh berkembang.
• Tingkatkan pengetahuan pelaburan dari awal.
2) Saya sudah mula merancang
• Pertimbangkan untuk memaksimumkan caruman CPF dan meneroka peluang pelaburan.
• Jika anda dalam kumpulan berpendapatan tinggi, pertimbangkan SRS. Namun, ia hanya menawarkan faedah 0.05 peratus setahun – oleh itu, wang tersebut wajar dilaburkan.
• Pelbagaikan pelaburan melalui CPF dan tunai untuk mencapai sasaran simpanan.
• Gunakan perancang bayaran CPF untuk mengira jangkaan bayaran CPF LIFE.
3) Saya hampir bersara!
• Semak semula pilihan CPF LIFE untuk memastikan bayaran bulanan bersesuaian dengan gaya hidup.
• Lengkapkan CPF LIFE dengan pelaburan berisiko rendah bagi menampung inflasi.
• Pertimbangkan sumber pendapatan pasif dan semak secara berkala.
• Kukuhkan simpanan MediSave dan beralih kepada pelaburan lebih konservatif tanpa mengabaikan aset pertumbuhan.
4) Saya perlu mula fikirkan perancangan wasiat
• Namakan benefisiari CPF anda untuk melindungi simpanan.
• Rancang wasiat agar pengagihan harta dilakukan dengan teratur.
• Sediakan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) untuk menentukan siapakah yang boleh membuat keputusan bagi pihak anda jika anda tidak lagi berkeupayaan.
• Kejar ganjaran segera: Patuhi pelan jangka panjang dan elak pelaburan tergesa-gesa mengikut resa.
• Keluarkan simpanan CPF tanpa pelan: Biarkan simpanan dalam akaun anda untuk mendapat faedah kompaun bebas risiko.
• Takut pada pasaran: Elakkan kerugian akibat inflasi dengan kepelbagaian dan pelaburan bersesuaian.
•Tidak semak pelan secara berkala: Perubahan hidup memerlukan semakan pelan. Gunakan strategi seperti buat pelaburan berdasarkan jangka masa iaitu jangka masa pendek, pertengahan atau jangka panjang.
• Biarkan emosi pengaruhi pelaburan: Kejatuhan pasaran bersifat sementara – kekalkan tumpuan pada matlamat jangka panjang dan pelbagaikan di peringkat sejagat bagi mengurangkan risiko.
Perancangan persaraan adalah kompleks, dengan pelbagai pemboleh ubah seperti inflasi, penjagaan kesihatan dan strategi pelaburan.
Penasihat kewangan profesional boleh membantu anda:
• Menilai keadaan kewangan semasa
• Tetapkan matlamat persaraan yang realistik
• Bangunkan strategi pelaburan
• Maksimumkan manfaat CPF dan SRS
• Menilai keperluan perlindungan insurans
Dengan sokongan mereka, anda boleh mendekati persaraan dengan lebih jelas dan yakin.
Jadualkan perbincangan bersama penasihat berlesen Penguasa Kewangan Singapura (MAS) kami hari ini.
Untuk sumber tambahan, terokai seksyen perancangan persaraan kami yang telah dikurasi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg