Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan Tan Boon Liat ditawar bagi jualan kolektif $1.15b

Feb 3, 2025 | 5:36 PM
Bangunan Tan Boon Liat terletak bersebelahan stesen MRT Havelock.
Bangunan Tan Boon Liat terletak bersebelahan stesen MRT Havelock. - Foto CUSHMAN & WAKEFIELD

Bangunan Tan Boon Liat telah ditawarkan untuk jualan kolektif pada harga $1.15 bilion, dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dijangka meluluskan perubahan zon bagi kegunaan kediaman dan komersial.

Perubahan itu boleh meningkatkan keluasan lantai kasar (GFA) yang dibenarkan sebanyak 50 peratus, dengan nisbah plot meningkat dari 3.1 kepada 4.9, menurut ejen pemasaran Cushman & Wakefield. 

Tapak seluas 175,655 kaki persegi ini akan dikenakan caj penambahbaikan tanah sekitar $830 juta hingga $840 juta selain harga pembelian.

Nasihat perancangan awal telah dikeluarkan URA pada 22 Januari, selepas kajian tapak selama lapan bulan selesai, lapor The Business Times (BT).

Menurut dokumen yang dilihat BT, URA menarik perhatian bahawa perubahan zon daripada Perniagaan 1 ke kediaman dengan komersial di tingkat pertama mungkin akan disokong.

Permohonan perancangan awal adalah cadangan untuk membolehkan pemilik bangunan dan pemaju menguji penggunaan tanah, nisbah plot atau ketinggian bangunan yang dicadangkan.

Dokumen ini sah selama enam bulan.

Berdasarkan harga rizab termasuk caj penambahbaikan tanah untuk perubahan zon dan premium untuk GFA bonus serta tanah yang tinggal, pembeli perlu membayar sekitar $1,888 setiap kaki persegi (psf) setiap nisbah plot.

Jualan tapak ini tidak akan dikenakan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) untuk pemaju kerana tapak ini kini berada di zon Perniagaan 1.

Pemaju yang membeli tanah untuk kediaman perlu membayar ABSD sebanyak 40 peratus, termasuk 5 peratus yang tidak boleh dikembalikan.

Pengarah kanan di Cushman & Wakefield, Cik Christina Sim, berkata: “Permintaan untuk hartanah kediaman, terutama yang terletak di pinggir bandar, dijangka kuat, diperkukuhkan dengan keadaan kredit yang menggalakkan. Kelebihan tapak bebas pegangan dan lokasi di laluan Thomson-East Coast juga sangat menguntungkan.”

Bangunan Tan Boon Liat, yang sering dikunjungi oleh pembeli perabot, terletak bersebelahan stesen MRT Havelock.

Tender untuk tapak ini akan ditutup pada 18 Mac, 3 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg