Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank-bank, IHL pupuk bakat celik AI untuk industri kewangan

May 23, 2023 | 02:42 PM



DENGAN permintaan yang meningkat untuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data, terutamanya dengan kemunculan chatbot pintar seperti ChatGPT, keperluan untuk bakat dalam bidang-bidang tersebut telah menjadi keprihatinan bagi banyak industri tempatan dan di seluruh dunia.

Justeru, satu Program Pembangunan Bakat Bagi bakat kecerdasan buatan dan analisis data (Aida) akan dilancarkan untuk menangani kekurangan bakat dalam sektor kewangan.

Mengumumkan ini, Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan Encik Tan Kiat How semasa satu seminar yang dianjurkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) , berkata program ini dilancarkan dengan kerjasama Elevandi, sebuah pertubuhan tidak meraih keuntungan (NGO) yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa untuk memupuk hubungan dalam sektor fintech.


Di bawah program itu, MAS akan bekerja rapat dengan institusi kewangan, penyedia latihan dan institut pengajian tinggi (IPT) untuk meningkatkan bekalan bakat Aida.

Selain pelancaran program pembangunan bakat, sebuah Konsortium Bakat Aida turut ditubuhkan, dengan para anggotanya menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MOU) sebagai tanda komitmen dan usaha mereka dalam pembinaan keupayaan AI dalam sektor kewangan Singapura melalui peningkatan bekalan bakat.


Konsortium Aida akan terdiri daripada pelbagai organisasi daripada kedua-dua sektor pendidikan dan latihan serta sektor kewangan.

Untuk memudahkan kerjasama, para anggota konsortium akan bekerjasama rapat untuk mengatur dan membangunkan program bakat AI yang mempunyai aplikasi sektor kewangan yang kukuh.

Pertubuhan terlibat termasuk program penyelidikan dan pembangunan nasional AI Singapura, Institut Pengajian Tinggi (IHL) seperti Universiti Nasional Singapura, dan penyedia latihan seperti NTUC LearningHub.

Para anggota daripada sektor kewangan termasuk firma pengurusan pelaburan, Arabesque Asset Management Singapore dan bank tempatan besar seperti OCBC Bank.


Konsortium itu akan memudahkan pemadanan institusi kewangan dengan institusi latihan dan pendidikan yang kemudiannya dapat mengatur dan mereka program untuk memenuhi keperluan industri.


Ia juga akan mereka laluan perkembangan kemahiran yang akan berfungsi sebagai peta jalan untuk peranan dan kemahiran yang diperlukan oleh sektor itu.


Semasa pelancaran tersebut, Encik Tan berkata AI digunakan di banyak industri serata Singapura kerana mempunyai banyak kegunaan dan aplikasi.


Beliau menambah bahawa terdapat kekurangan bakat yang ketara dan pembangunan bakat AI adalah keutamaan.


“Saya percaya bahawa dengan kerjasama antara rakan kongsi sistem eko, pihak berkepentingan dalam sektor kewangan, pemerintah, sektor swasta, serta institut latihan dan IHL, kami boleh mencipta sistem eko yang bertenaga untuk bakat AI, inovasi, eksperimentasi, dan mencipta banyak pekerjaan yang baik serta peluang untuk rakyat Singapura,” jelas Encik Tan.


Pengarah Arabesque Asset Management Singapore Dr Qasim Nasar-Ullah, menyifatkan program itu sebagai sesuatu yang menguntungkan semua pihak. 

Menjawab pertanyaan The Straits Times, beliau mengatakan bahawa pencarian bakat yang betul adalah keutamaan firma, dan menjadi sebahagian daripada program itu boleh membantunya berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >