Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank S’pura teliti lebih rapi susuli skandal pengubahan wang haram $2.8b

Sumber: Bank kini minta lebih dokumen dari biasa dalam beberapa kes untuk mengesahkan sumber kekayaan pelanggan
Oct 10, 2023 | 01:48 PM



Bank di Singapura mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melaksanakan pematuhan piawaian terhadap pelanggan dan menutup akaun dalam beberapa kes, menurut sumber, sedang prosedur semakin ketat selepas skandal pengubahan wang haram terbesar di hab kawangan Singapura, yang melibatkan aset $2.8 bilion.

Bank seperti OCBC, Citigroup dan UOB meminta lebih dokumen daripada biasa dalam beberapa kes untuk mengesahkan sumber kekayaan, menurut dua daripada sumber tersebut.

Selain itu, masa menunggu bagi individu kaya yang mahu membuka akaun bank telah meningkat secara ketara daripada satu hingga tiga bulan sebelum berlakunya skandal tersebut, menurut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan kerana perkara ini dianggap sensitif.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata firma kewangan mesti mengesahkan identiti pelanggan, mengesahkan sumber kekayaan dan dana bagi pelanggan berisiko tinggi dan menjejak transaksi.

“Keperluan ini bukan baru,” kata MAS dalam satu respons kepada agensi berita Reuters.


“Memandangkan sifat dan saiz transaksi mereka, individu yang mempunyai nilai bersih tinggi biasanya tertakluk kepada pemeriksaan yang lebih ketat oleh institusi kewangan.”

Perubahan dalam pematuhan piawaian oleh bank tersebut tercetus selepas pihak polis pada Ogos menahan dan mendakwa 10 warga asing, semua dari China, terbabit dalam sumber aliran masuk dana yang besar di Singapura.

Pihak berkuasa telah merampas aset bernilai sekitar $2.8 bilion merangkumi hartanah mewah, mata wang kripto, jongkong emas, beg tangan serta jam mewah dan dana yang diletakkan dalam bank seperti Credit Suisse dan Julius Baer.

Satu sumber, seorang pengurus kekayaan bersama sebuah bank Singapura, berkata selepas skandal tersebut, hanya “pelanggan bermutu tinggi dengan profil baik dan aset besar di bawah pengurusan” boleh mendapat bank privet dibuka dalam tempoh tiga bulan.

Seorang jurucakap untuk peminjam terbesar kedua Singapura, OCBC, berkata bank itu memperuntukkan sumber yang agak besar untuk terus mengukuhkan kawalan dan bekerja rapat dengan pengawal selia dan rakan industri untuk mengawal aktiviti haram.

Citi berkata: “Kami komited menentang pengubahan wang haram dan memastikan standard tadbir urus dan pengawalan yang tertinggi.

“Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengukuh dan melindungi integriti sistem kewangan.”

Dalam satu kenyataannya, UOB berkata ia berwaspada terhadap risiko daripada pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan dan memastikan pemeriksaan teguh adalah sebahagian daripada pematuhan piawaian, menggunakan analitik data dan penyelesaian teknologi.

Credit Suisse dan Julius Baer enggan memberi komen. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >