Mengajar anak-anak kita tentang wang pasif adalah penting.
Ia memastikan mereka bertanggungjawab terhadap wang mereka dan boleh menyemai tabiat positif ke arah asas kewangan yang kukuh.
Anak-anak kita akan berterima kasih kepada kita kerana melaburkan wang mereka bagi pihak mereka, supaya ia menghasilkan pulangan kompaun jangka panjang semasa tahun pembentukan awal mereka.
Sebelum umur 15 tahun, saya mempunyai diari wang yang ibu saya akan simpan dalam peti besinya, merekodkan wang yang saya simpan selama ini.
Setiap kali saudara-mara saya memberi saya wang untuk majlis-majlis khas, saya akan berlari ke biliknya, mendapatkan diari wang dan menyusun bil dan syiling, bersedia untuk mengira dan memasukkannya ke dalam catatan kira-kira saya.
Pada satu ketika, catatan kira-kira ini akhirnya digantikan dengan akaun bank.
Tetapi ia tidak berkembang secara pasif selama hampir dua dekad terkumpul. Malah, ia tidak berkembang sejajar dengan kadar faedah bank.
Saya masih ingat menyediakan akaun bank pertama saya dan segera ditolak untuk membeli beberapa dana “panas” dalam tempoh itu.
Ekoran tiada pengetahuan, saya membayar caj jualan dan membeli beberapa produk daripada jurubank di cawangan tempatan kami, untuk meletakkan modal saya di pasaran.
Tahun berlalu. Saya telah menukar dana beberapa kali tetapi tidak benar-benar menggunakan akaun bank ini sejak itu, dan ia tidak sama sekali berkembang banyak. Ini tidak mengejutkan saya.
Mengingat pengalaman ini, saya mengenal pasti dua titik kegagalan.
Pertama, tindakan menabung telah diajarkan kepada saya oleh ibu bapa saya yang penyayang, tetapi bukan prinsip mudah seperti inflasi, faedah dan penggabungan kekayaan.
Kedua, saya berpeluang memanfaatkan wang ini sebaik saja saya belajar bagaimana melabur, tetapi menutup mata dalam kekecewaan saya dan tidak memberikan perhatian yang diperlukan untuk dibawa ke arah yang betul.
Catatan kira-kira dan akaun bank saya adalah gambaran tepat amalan ibu bapa yang berniat baik menyimpan wang peket hijau anak-anak untuk mereka.
Mereka berniat baik dan melihat jauh ke hadapan betapa pentingnya melindungi hadiah kewangan ini tetapi berpotensi kehilangan beberapa bahagian penting.
Sama seperti pengalaman saya sendiri, wang itu mungkin disimpan dengan selamat, tetapi tanpa pendidikan kewangan dan strategi pelaburan yang betul, ia mungkin tidak berkembang pada potensi sepenuhnya.
Mengimbas kembali dan melakukan beberapa kiraan pantas, wang saya akan meningkat kepada sekitar 5.2 kali – atau pulangan lebih 416 peratus – sejak saya mula menyimpan pada 1990.
Pulangan itu boleh saya raih jika ibu bapa saya telah membantu saya melabur bagi pihak saya dalam sesuatu seperti MSCI All Country World Indeks (MSCI ACWI). Indeks ekuiti global terdiri daripada saham besar dan pertengahan di seluruh pasaran maju dan pasaran baru muncul.
Saya beri contoh ini agar lebih jelas:
Andainya saya menyimpan $500 setiap tahun dari 1990 hingga 2024. Ini menjadikan jumlah simpanan saya mencecah $17,000 sekarang.
Ibu bapa saya bersungguh-sungguh melaburkan wang ini dalam dana yang menjejaki MSCI ACWI sejak 1990.
Kita anggap suntikan $500 ini dibuat pada 1 Januari setiap tahun.
Jika ibu bapa saya tidak pernah menyentuh wang dalam dana itu, pelaburan itu akan terkumpul kira-kira $87,772 pada hari ini.
Itu menghasilkan pulangan mudah lebih 416 peratus kepada jumlah pelaburan saya sebanyak $17,000 selama bertahun-tahun.
Kita melaburkan begitu banyak masa, wang, air mata, kegembiraan dan kasih sayang untuk anak-anak kita dan kita harus benar-benar membantu membimbing mereka melalui beberapa realiti kehidupan yang lebih tidak selesa seperti wang.
Melabur dengan betul wang peket hijau anak-anak anda sejak dari kecil boleh melipatgandakan nilainya kepada sekitar 5.2 kali hari ini.
Adalah penting kita mengajar anak-anak tentang wang pasif seperti kuasa faedah pengkompaunan, faedah kepelbagaian dan mengekalkan kos rendah dan banyak lagi.
Ia bagi memastikan mereka rasa memiliki dan bertanggungjawab dengan wang mereka dan boleh membina tabiat positif ke arah asas kewangan yang kukuh pada masa depan mereka.
Anak-anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana melaburkan wang peket hijau mereka bagi pihak mereka yang menghasilkan pulangan pengkompaunan jangka panjang semasa tahun pembentukan awal mereka.
Penulis, Encik Hugh Chung, ialah Ketua Pegawai Penasihat Pelaburan di Endowus.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg