Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Keluarga mahu miliki rumah sendiri, belajar menabung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga mahu miliki rumah sendiri, belajar menabung

Dec 09, 2023 | 07:45 PM



Setelah mendaftarkan anak perempuannya ke prasekolah dua tahun lalu, Cik Siti Nur Nabilla Mohd Nasir dapat melihat peningkatan dalam keyakinan diri serta pendidikan anaknya itu.

Daripada tidak tahu membaca, Siti Khairina Azzahra yang kini berusia enam tahun sudah pandai membaca.

Bukan sahaja itu, dia juga telah menunjukkan kemajuan dari segi pemerolehan bahasa, cara dia berinteraksi dengan orang lain serta budi pekerti dan akhlak yang baik.

Peningkatan dalam diri anak mereka itu telah menyematkan kepentingan menghadiri prasekolah dalam diri Cik Nabilla, 23 tahun, dan suami, Encik Mohammad Khairani Mohamed Zazuli, 24 tahun.

Malah, mereka sudah pun merancang untuk mendaftarkan adik Khairina, Siti Khairiah Alina, satu tahun, ke dalam prasekolah ketika dia berusia tiga atau empat tahun kelak.

Pasangan tersebut dan anak-anak mereka merupakan antara keluarga ComLink+ yang bakal meraih manfaat daripada kerjasama baru antara Yayasan DBS dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang diumumkan pada 9 Disember.

Di bawah kerjasama itu, DBS akan memperuntukkan $30 juta selama tiga tahun untuk membiayai dua pakej ComLink+ berkaitan ‘Pendidikan Prasekolah’ dan ‘Menabung bagi Pemilikan Rumah’.

Berkongsi dengan Berita Minggu, Cik Nabilla, suri rumah, dan Encik Khairani, pembantu gudang, berkata mereka juga mempunyai rancangan keluar dari rumah sewa yang mereka sekeluarga tetap kini dan membeli rumah sendiri.


Bahkan, mereka sudah pun memohon untuk mendapatkan rumah Bina Ikut Tempahan (BTO) tiga bilik di kawasan Tengah.

“Matlamat kami jelas, kami mahukan rumah yang selesa bagi anak-anak kami di mana mereka boleh memiliki privasi sendiri,” kata Cik Nabilla.

Encik Khairani pula menambah rumah sewa di mana mereka menetap sekarang ialah flat dua bilik dan oleh itu, keluarga empat beranak itu terpaksa berkongsi satu bilik tidur.

Keluarga tersebut bertemu pendamping mereka daripada DBS pada 9 Disember pada majlis pelancaran kerjasama DBS dan MSF itu di Galeri Nasional Singapura.

Ditanya apakah yang mereka harapkan daripada pendamping mereka itu, Encik Khairani dan Cik Nabilla berkongsi bahawa mereka mahu mempelajari cara menabung yang betul.

“Saya harap mereka dapat membantu kami dengan rancangan penabungan yang lebih baik. Buat masa ini, kami mempunyai wang simpanan, tapi saya tak pasti sama ada apa yang kami simpan itu cukup baik,” ujar Encik Khairani.

Isterinya pula menambah:

“Kami pun tak pasti sama ada kami menabung dengan cara yang betul. Jadi saya harap mereka boleh membimbing kami cara menabung yang betul.”

Pendamping keluarga tersebut ialah Naib Presiden, Kumpulan Pengurusan Risiko, DBS, Cik Claudia Tan dan Penganalisis, Kumpulan Pengurusan Risiko, DBS, Encik Edwin Cheng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >