Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Belanjawan hartanah bersasar, sesuai dengan cabaran semasa: CEO PropNex

REAKSI TERHADAP BELANJAWAN 2024
Feb 19, 2024 | 05:46 PM



Pengumuman Belanjawan 2024 berkaitan hartanah adalah bersasar, tepat pada masanya, dan mengambil kira cabaran semasa dalam pasaran hartanah.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, dalam kenyataan syarikat itu, sebagai mengulas Belanjawan 2024 Singapura yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, baru-baru ini.

Memberi contoh, beliau berkata Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan selama setahun dapat membantu keluarga muda yang layak, dan mempunyai keperluan perumahan mendesak untuk menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di pasaran terbuka, sementara menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) siap.

“Walaupun nilai dolar baucar ini tidak dinyatakan, kami yakin ia akan membantu keluarga sedemikian menyewa flat HDB sebagai tempat tinggal sementara dan menampung sebahagian perbelanjaan sewa,” ujarnya.

Baucar tersebut amat membantu lebih-lebih lagi kerana sewa flat HDB di pasaran terbuka telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, tambahnya.

Beliau turut mengulas mengenai pengumuman pemerintah bahawa warga emas bujang berusia 55 tahun ke atas boleh menuntut pengembalian wang bagi Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD), apabila mereka membeli hartanah privet bernilai lebih rendah untuk menggantikan rumah mereka yang sedia ada.

“Ini adalah langkah amat bersasar. Kami berasa ia tertumpu pada segmen tertentu dalam pasaran dan berasaskan keperluan.

“Ia tidak akan banyak menjejas jumlah penjualan. Secara keseluruhan, langkah ini akan membantu warga emas yang ingin membeli rumah lebih kecil dan meraih wang daripada (penjualan) hartanah pertama mereka, dan menambah dana bagi keperluan persaraan mereka,” jelas Encik Ismail.

Dalam Belanjawan yang diumumkan itu, pemilik rumah juga boleh menjangkakan cukai hartanah yang sama atau lebih rendah apabila pemerintah menyesuaikan kriteria bagi setiap peringkat nilai tahunan (AV).

“Kami berpandangan pengumuman Belanjawan berkaitan hartanah ini amat bersasar dan tepat pada masanya, memandangkan keadaan dan cabaran dalam pasaran hartanah ketika ini,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >