Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BlackRock, GIC pertimbang jual saluran paip gas UK

Mar 15, 2024 | 04:09 PM



Syarikat pengurus aset antarabangsa BlackRock, dan dana kekayaan negara, GIC, sedang meneroka penjualan satu rangkaian aset saluran paip gas di Britain yang dianggarkan berharga sekitar AS$2 bilion ($2.67 bilion), menurut beberapa sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Pemilik aset itu sedang bekerjasama dengan bank pelaburan Jefferies Financial Group untuk mencari bakal pembeli bagi syarikat prasarana tenaga, Kellas Midstream, menurut beberapa sumber yang tidak mahu dinamakan memandangkan perkara tersebut adalah urusan privet.

Kellas Midstream memiliki satu rangkaian paip, termasuk Sistem Penghantaran Kawasan Tengah (Cats) bawah laut sepanjang 404 kilometer yang menghantar gas dari Laut Utara ke Britain, lapor The Straits Times (ST) yang menukil laporan Bloomberg.


Perniagaan itu besar berkemungkinan menarik minat syarikat dana prasarana dan pelabur kewangan yang ingin menceburi sektor perniagaan itu, menurut sumber tersebut.

Proses penjualan rasminya masih belum bermula dan perbincangan masih pada peringkat awal, kata sumber itu lagi.

Pemilik saluran paip gas itu juga mungkin terus mengekalkan aset tersebut jika mereka tidak berjaya menarik pembida sesuai.

Wakil BlackRock, Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) dan Jefferies enggan mengulas berhubung rancangan penjualan itu.

Dana prasarana BlackRock dan GIC bersetuju membeli Kellas daripada Antin Infrastructure Partners pada 2019.

Sebilangan pelabur berminat memiliki aset sedemikian kerana tertarik dengan pulangannya yang stabil dan boleh diramalkan.

Syarikat dana pelaburan BlackRock dan Morgan Stanley bersetuju pada Mac untuk membeli perniagaan Sistem Penghantaran Gas Asli Portland milik syarikat TC Energy, dalam satu perjanjian bernilai sekitar AS$1.14 bilion.

Selain saluran paip Cats, Kellas memiliki rangkaian saluran paip Sistem Pengangkutan Esmond, dan Sistem Perhimpunan Humber, iaitu, sebuah projek yang mengangkut gas dari medan Tolmount Main, menurut laman web Kellas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >