Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Presiden Tharman diberi taklimat kadar pulangan bagi pelaburan negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman diberi taklimat kadar pulangan bagi pelaburan negara

Jan 08, 2024 | 09:46 PM



Singapura adalah satu-satunya negara yang bukan pengeluar minyak yang mampu memanfaatkan rizab untuk dibelanjakan demi kebaikan rakyatnya, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 8 Januari.

Berkata demikian dalam satu catatan Facebook, Encik Tharman menegaskan bahawa sistem rizab negara ini direka untuk memastikan setiap generasi rakyat Singapura mendapat manfaat daripada sumbangan yang diraih dari rizab negara.

“Ia adalah bertentangan dengan apa yang dialami oleh negara lain. Mereka mempunyai hutang yang semakin meningkat untuk dibayar.

“Jadi di samping cukai yang kebanyakan negara perlukan untuk menyokong populasi yang semakin tua dan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, mereka perlu menggunakan lebih banyak cukai dolar untuk membayar apa yang mereka telah pinjam,” kata beliau.

Dalam catatannya itu, Encik Tharman berkata beliau telah diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong serta pegawai dari Kementerian Kewangan (MOF) mengenai usulan pemerintah terhadap jangkaan pulangan sebenar jangka panjang asetnya.

Unjuran sedemikian digunakan untuk menentukan berapa banyak rizab negara dari masa lalu dapat dimanfaatkan oleh pemerintah untuk Belanjawan seterusnya.

Taklimat tersebut turut dihadiri Majlis Penasihat Presiden (CPA) serta wakil kanan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek.

“Mereka menjelaskan unjuran mereka tentang pulangan yang dijangka diperoleh dalam jangka panjang daripada pelaburan rizab kami - termasuk kesan faktor global utama seperti perubahan iklim dan kelemahan susunan global.

“Presiden perlulah bersetuju dengan unjuran ini setiap tahun sebelum pemerintah boleh membelanjakan unjuran pulangan daripada rizab,” kata Encik Tharman lagi.

GIC adalah antara tiga entiti yang bertanggungjawab melabur rizab negara, dengan sebahagian pulangannya digunakan setiap tahun bagi Belanjawan.

Dua entiti lain yang turut bertanggungjawab melaburkan rizab negara ialah MAS dan Temasek.

Mengikut tradisi, Belanjawan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan pada pertengahan Februari, tetapi perancangan dan perundingan bermula beberapa bulan lebih awal.

Belanjawan 2024 akan dibentangkan di Parlimen pada 16 Februari 2024 oleh Encik Wong, selaku Menteri Kewangan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >