Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BlueSG perlu masa bangun perisian, perbarui kenderaan

Aug 6, 2025 | 4:55 PM
BlueSG, kereta elektrik, henti operasi sementara
Kereta elektrik dua pintu yang dilancarkan oleh BlueSG pada 2017 kini sudah dihentikan pengeluarannya. - Foto ZAOBAO

Perlunya perisian yang kukuh bagi mengendali perkhidmatan dan kenderaan lebih baik merupakan kemungkinan antara dua sebab utama mengapa syarikat BlueSG menggantungkan perkhidmatannya sementara pada 8 Ogos dan bakal dilancarkan semula pada 2026.

Demikian dikatakan oleh beberapa bekas kakitangan syarikat perkhidmatan perkongsian kereta itu.

BlueSG berkata mereka sedang menaik taraf wadahnya serta memperbarui kenderaan untuk menjadikan perkhidmatan lebih berkesan dan boleh dipercayai, lapor The Straits Times (ST).

Perisian itu menguruskan kenderaan, berfungsi dengan pangkalan data pengguna dan mengendalikan pembayaran.

BlueSG bertukar kepada perisian baru itu pada akhir 2023.

Menurut Encik Ng Lee Kwang, seorang pengarah lembaga BlueSG antara 2021 hingga 2023, perisian lama tidak lagi boleh digunakan kerana hak untuk menggunakannya telah tamat.

Perisian barunya telah menerima aduan pengguna berkenaan isu tempahan kereta dan pembayaran, antara lain.

Encik Franck Vitte, pengasas BlueSG pada 2017 dan pengarah urusan sehingga Oktober 2021, memberitahu ST pada 5 Ogos bahawa perisian yang diperlukan oleh perkhidmatan perkongsian kereta itu adalah kompleks untuk dibangunkan. 

Beliau berkata walaupun perkhidmatan boleh diteruskan sementara menunggu peralihan ke perisian baru, keputusan syarikat untuk menggantung operasi memberi peluang fokus pada pembangunan perubahan tanpa gangguan pembaikan perisian. 

Encik Vitte juga mengesyaki pemaju mungkin menyedari kerja semula asas sistem diperlukan, bukan hanya pembaikan kecil.

Walaupun terdapat penyelesaian perisian siap pakai di pasaran, penyesuaian untuk memenuhi keperluan khusus BlueSG memerlukan banyak usaha, tambahnya. 

Antara keperluan utama termasuk mengendalikan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dan bayaran tempat letak kereta, serta memastikan aplikasi itu mempunyai akses ke pusat panggilan.

Kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan perkongsian kereta juga memerlukan pembaharuan.

Kereta elektrik dua pintu yang dilancarkan BlueSG pada 2017 tidak lagi dihasilkan, dan beberapa alat ganti sukar didapati.

Encik Ng berkata terdapat keperluan untuk kereta elektrik lebih baru yang boleh dicas dengan lebih pantas dan mempunyai jarak operasi yang lebih panjang.

Ia supaya kenderaan tersebut boleh digunakan lebih kerap bagi menjana lebih banyak pendapatan dan meningkatkan keuntungan.

BlueSG mencatatkan kerugian bersih sebanyak $31.1 juta antara Januari 2023 dengan Mac 2024, berdasarkan penyata kewangan yang tersedia. 

Ini hampir tiga kali ganda kerugian bersih $11.4 juta yang ditanggung oleh syarikat dalam tahun kewangan yang berakhir pada Disember 2022, menurut penyata yang difailkan dengan Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra).

Syarikat itu menyatakan bahawa kerugian tersebut berpunca daripada pelaburan besar yang dibuat selama bertahun-tahun sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk mencapai rancangan pertumbuhan. 

BlueSG adalah perkhidmatan perkongsian kereta elektrik pertama di Singapura.

Pelancarannya pada 2017 disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

BlueSG berbeza dengan perkhidmatan perkongsian kereta lain di Singapura kerana kereta yang disewa tidak perlu dikembalikan ke lokasi yang sama dari mana ia disewa.

“Kami komited mengembangkan perniagaan untuk pertumbuhan jangka panjang, dengan melabur lebih awal meskipun memerlukan komitmen modal awal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlueSG, Encik Keith Kee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg