Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Booking.com mungkin kurangi pekerjaan, langkah penyusunan semula struktur

Nov 11, 2024 | 3:05 PM
Pada penghujung 2023, Booking Holdings telah menggajikan sekitar 23,600 kakitangan, namun laporan tahunannya tidak memperincikan jumlah kakitangan di Booking.com.
Pada penghujung 2023, Booking Holdings telah menggajikan sekitar 23,600 kakitangan, namun laporan tahunannya tidak memperincikan jumlah kakitangan di Booking.com. - Foto REUTERS

Agensi pelancongan dalam talian Booking.com mungkin mengurangkan pekerjaan sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula struktur organisasi, katanya pada 9 November.

Syarikat itu, sebuah unit di bawah syarikat teknologi pelancongan Booking Holdings, menyatakan ia masih berada dalam peringkat awal proses semakan dan belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Ini adalah langkah proaktif yang sukar tetapi perlu demi memastikan Booking.com kekal lincah dalam industri yang amat berdaya saing dan terus memacu inovasi berpusatkan pelanggan dengan kadar pantas,” katanya.

Pada hujung 2023, Booking Holdings menggajikan sekitar 23,600 kakitangan, namun laporan tahunannya tidak memperincikan jumlah kakitangan di Booking.com.

Dalam pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada 8 November, Booking Holdings berkata ia akan memberi butiran lanjut mengenai jangka masa, kesan kepada pekerja dan kewangan, ekoran penyusunan semula itu “pada masa sesuai”.

Jurucakap syarikat itu berkata semakan tersebut khusus untuk Booking.com dan bukan jenamanya yang lain, seperti Priceline, Agoda, Kayak dan OpenTable.

Pengumuman itu berlaku hanya beberapa hari selepas Booking Holdings mencatat lonjakan 13.6 peratus dalam perbelanjaan operasinya bagi suku ketiga.

“Kami percaya usaha ini akan meningkatkan kecekapan perbelanjaan operasi, menambah kelincahan organisasi, serta membebaskan sumber daya yang boleh dilaburkan semula untuk terus memperbaiki perkhidmatan kami kepada pelancong dan rakan kongsi,” katanya dalam pemfailan tersebut.

Booking Holdings menambah bahawa ia juga akan memodenkan proses dan sistem serta mengoptimumkan perolehan sebagai sebahagian daripada perubahan organisasi. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg