Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

TikTok potong 60 pekerjaan dalam sektor jualan dan iklan

Jan 24, 2024 | 04:47 PM



HONG KONG: TikTok ByteDance turut memberhentikan sebilangan pekerjanya seperti yang dilakukan beberapa syarikat teknologi lain, dengan memotong kira-kira 60 pekerjaan, kebanyakannya dalam bahagian jualan dan pengiklanan.


Jawatan yang terjejas berpangkalan di Los Angeles, New York dan Austin di Amerika Syarikat dan luar negara, kata jurucakap syarikat itu.

Jumlah itu kurang 1 peratus daripada kira-kira 7,000 kakitangan syarikat di Amerika Syarikat pada Mac, dan merupakan salah satu pemotongan kecil yang dibuat baru-baru ini oleh firma teknologi utama itu.

Alphabet memberhentikan berpuluh-puluh pekerja, di bahagian X moonshot lab, bahagian yang mengusahakan projek mencabar dan inovatif. Ia juga menghapuskan beratus-ratus pekerjaan lain termasuk di bahagian perkakasan atau ‘hardware’ dan Google Assistant, baru-baru ini.

eBay juga memotong kira-kira 1,000 pekerjaan, atau 9 peratus pekerja sepenuh masa.

Sementara itu, Tencent Holdings’ Riot Games mengurangkan 530 pekerjaan, menyifatkan langkah itu sebagai “satu keperluan”.

Pemberhentian TikTok pertama kali dilaporkan oleh pertubuhan media Amerika, National Public Radio (NPR).


Untuk ByteDance, penggubal undang-undang Amerika mempersoalkan hubungan TikTok dengan induknya dari China, dan dakwaan kaitan dengan Beijing tidak banyak membantu untuk menghalang pertumbuhan syarikat.

Aplikasi ini terus menarik jutaan pengguna dan menganggap Amerika sebagai pasarannya yang paling menguntungkan, dengan aplikasi berkembarnya, Douyin, melayani pengguna domestik China.

Aplikasi itu mempunyai 150 juta pengguna Amerika pada Mac 2023, dan menjadi aplikasi mudah alih bukan permainan yang pertama, yang menjana AS$10 bilion ($13.4 bilion) dalam perbelanjaan pengguna, menurut data penjejak aplikasi, data.ai. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >