Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Buku panduan budaya keselamatan bagi sektor penerbangan bakal diterbit

Apr 15, 2024 | 06:32 PM



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menerbitkan Buku Panduan Budaya Keselamatan bagi sektor penerbangan Singapura pada Mei 2024 dalam usahanya mengukuhkan budaya keselamatan dalam sektor tersebut.

Berucap semasa perasmian persidangan tahunan Persatuan Persekutuan Pengawal Trafik Udara Antarabangsa (IFATCA) ke-63 pada 15 April, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata buku panduan itu menekankan perlunya Singapura memastikan keselamatan penerbangan sedang sektor itu terus berkembang.

Buku panduan itu turut menyediakan panduan mengenai cara meningkatkan budaya keselamatan dalam konteks penerbangan Singapura, tambah beliau.

Antara lain, buku panduan itu menggariskan usaha membina budaya keselamatan yang kukuh memerlukan penglibatan aktif pemimpin dan pihak pengurusan syarikat, dan turut melibatkan kerjasama erat dengan kakitangan operasi.

Ia boleh dimanfaatkan oleh syarikat dan profesional penerbangan, termasuk profesional Kawalan Trafik Udara (ATC),  juruterbang dan jurutera.

Memberi contoh, CAAS berkata syarikat dan pertubuhan perlu mengukuhkan proses untuk menangani risiko keselamatan baru yang mungkin timbul daripada bilangan perjalanan udara yang kian meningkat, perubahan dalam corak cuaca dan perubahan laluan perjalanan.

Buku panduan turut menggalak pihak pengurusan untuk menilai keberkesanan dan keperluan prosedur operasi baru sebelum melaksanakannya.

Kakitangan operasi juga digalak memberi maklum balas jika wujud beberapa prosedur yang dirasakan tidak praktikal untuk dilaksanakan.

Dalam ucapannya, Dr Khor turut berkata, Singapura mesti berinovasi untuk mencapai wawasan dalam mewujudkan sistem pengurusan trafik udara (ATM) yang bersepadu dan harmoni.

“Ini perlu untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan kemampanan perjalanan udara walaupun dengan bilangan trafik udara yang meningkat dan operasi yang rumit,” ujar beliau.

Beliau menambah, walaupun dengan teknologi terkini, sumbangan manusia masih penting bagi pengurusan trafik udara yang baik.

“Walaupun teknologi boleh menambah baik cara sesuatu dilakukan, ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya kepakaran dan pengalaman manusia,” katanya.

Oleh itu, Singapura perlu terus menarik bakat untuk menyertai kerjaya ATC, selain terus melabur dalam latihan, pembangunan dan perkembangan kerjaya bagi pengawal trafik udara, tambahnya.

Menurut Cik Khor, Singapura mengutamakan usaha membangun keupayaan.

Oleh itu, Akademi Penerbangan Singapura (SAA) sedang menjalani projek pengubahsuaian bernilai $120 juta untuk menaik taraf kemudahannya dan mereka semula latihan penerbangan untuk masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >