Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pembangunan kemahiran sektor maritim, penerbangan terus dipergiat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembangunan kemahiran sektor maritim, penerbangan terus dipergiat

Mar 05, 2024 | 08:08 PM



Program Penukaran Kerjaya (CCP) bagi sektor maritim akan diperbaiki dan diperluas.

Sejak Disember 2023, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah mengalihkan CCP daripada gabungan latihan dalam bilik darjah dan latihan semasa kerja kepada latihan kerja 100 peratus.

CCP juga diperluaskan untuk meliputi bidang seperti pendigitalan maritim, penyahkarbonan dan keselamatan siber.

Butiran lanjut CCP baru itu akan dikongsi kelak.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT), Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat berkata, CCP dapat mengurangkan halangan bagi pekerja yang ingin beralih kepada peranan baru atau dipertingkatkan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran baru sedang syarikat mereka menjalani transformasi perniagaan.

Beliau menambah, CCP sektor maritim telah diperbaiki setelah menerima maklum balas rakan kongsi perusahaan dan majikan.

Encik Chee menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Encik Melvin Yong (Radin Mas) tentang bagaimana Singapura memastikan saluran kukuh pekerja maritim yang mahir.

“Di luar pengambilan kerja, kami bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak untuk membangunkan keupayaan dan kemahiran pekerja kami untuk merebut peluang baru.

​”Bagi maritim, Panel Penasihat Tiga Pihak, yang diadakan oleh Yayasan Maritim Singapura (SMF) dan disokong oleh MPA, telah menyelesaikan kajiannya selama setahun dengan rakan kongsi industri dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) untuk menyediakan tenaga kerja Maritim Singapura meningkatkan kemahiran dan berubah seiring dengan perkembangan industri,” kata Encik Chee.

Beliau menambah, kemahiran relevan perlu dikenal pasti bagi majikan dan pekerja serta kursus yang dapat menyediakan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan ini mesti dibangunkan.

MPA dan SMF telah menubuhkan Pejabat Bersama untuk Bakat dan Kemahiran demi memacu usaha ini, katanya.

Bagi sektor penerbangan pula, Encik Chee berkata, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan kerjasama agensi tenaga kerja, Tenaga Kerja Singapura (WSG), telah melancarkan kajian tenaga kerja seluruh sektor selama setahun untuk merancang masa depan tenaga kerja penerbangan.

CAAS turut bekerjasama dengan IHL untuk menggabungkan bidang baru muncul seperti automasi, kecerdasan buatan dan kemampanan ke dalam kurikulum kursus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >