Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO Kumpulan Mandai Wildlife Group, Mike Barclay, bersara 31 Okt

Jul 21, 2025 | 3:26 PM
Encik Mike Barclay (kiri) akan bersara pada 31 Oktober selepas menerajui Mandai Wildlife Group sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 10 tahun. Beliau akan digantikan Encik Bennett Neo.
Encik Mike Barclay (kiri) akan bersara pada 31 Oktober selepas menerajui Mandai Wildlife Group sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 10 tahun. Beliau akan digantikan Encik Bennett Neo. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Mandai Wildlife Group, Encik Mike Barclay, akan bersara pada 31 Oktober selepas menerajui pertubuhan tersebut selama sedekad.

Beliau akan digantikan oleh Encik Bennett Neo, yang akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Oktober, menurut kenyataan kumpulan itu pada 21 Julai.

Encik Neo akan mengambil alih peranan tersebut mulai 1 September, manakala Encik Barclay akan kekal sebagai penasihat sehingga 31 Oktober, lapor The Straits Times (ST).

Pengerusi Mandai Wildlife Group, Encik Piyush Gupta, merakamkan penghargaan kepada Encik Barclay, atas kepimpinan teguh dan sumbangan beliau sepanjang sedekad lalu.

Encik Barclay bukan sahaja membudayakan nilai murni dan pendekatan yang mengutamakan pengunjung dalam pertubuhan, malah beliau turut memperkukuh jalinan kerjasama dengan rakan pemuliharaan dan kaji haiwan,” kata Encik Gupta.

“Tumpuan Mike (Barclay) yang tekal terhadap anggota dan matlamat (pertubuhan) telah memberi kesan besar kepada keluarga Mandai. 

“Sumbangan beliau bukan sahaja terserlah dalam transformasi fizikal Mandai Wildlife Reserve, bahkan dalam pembentukan pertubuhan yang kini lebih kukuh dan berteraskan misi,” tambah Encik Gupta.

Bakal pengganti beliau, Encik Neo pula, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di peringkat serantau dan antarabangsa merangkumi sektor tenaga, marin luar pesisir, logistik, dan barangan pengguna yang boleh dijual segera (FMCG) di Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat, jelas kenyataan tersebut.

Terbaru, beliau memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan di Sembcorp Industries.

Encik Gupta menyambut kedatangan Encik Neo dengan berkata pengalaman mendalam beliau selari dengan fasa seterusnya dalam perjalanan pertubuhan, termasuk pertumbuhan, inovasi, dan khidmat kepada masyarakat serta alam sekitar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg