Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO PropNex komited kepada pelan penggantian kepimpinan yang lancar

Ini dapat pastikan syarikat terus berdaya tahan serta kekal relevan dalam pasaran kini dan masa depan
Aug 23, 2023 | 07:31 PM



Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, yang mencecah usia 60 tahun ini, ingin memastikan syarikatnya kekal berdaya tahan dan relevan, dan akan bersedia pada bila-bila masa sekiranya beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai CEO.

Bercakap kepada Berita Harian pada Rabu, Encik Ismail berkata walaupun masih sihat, beliau tidak mahu bersikap acuh tak acuh, dan ingin memastikan apabila tiba masanya untuk beliau mengundur diri, pegawai kanan dan staf syarikatnya sudah terlatih dan bersedia mengambil alih dan memacu ke hadapan.


“Salah satu cabaran terbesar bagi mana-mana organisasi, sama ada syarikat berbilang negara (MNC) atau sebuah negara, adalah untuk menyediakan pembaharuan kepimpinan yang betul. Dalam PropNex, saya tidak mahu suatu hari nanti, sama ada menerusi penggantian kepimpinan yang biasa atau sebab kecemasan, syarikat tidak bersedia.

“Saya harus sentiasa mengutamakan kepentingan syarikat, oleh itu pembaharuan kepimpinan dirancang dengan teliti di PropNex, supaya apabila saya membuat keputusan untuk berundur sebagai CEO, saya telah melatih pasukan seterusnya, secara keseluruhan dan kolektif untuk meneruskan misi dan nilai teras PropNex,” kata Encik Ismail.

Semasa pelancaran Konvensyen Pertengahan Tahun PropNex di Star Vista pada Rabu yang dihadiri lebih 4,000 peserta, Encik Ismail mendedahkan pelan induk korporat syarikat itu yang mencerminkan strateginya untuk mengharungi fasa pertumbuhan seterusnya, termasuk perubahan kepada struktur pengurusannya bagi menambah nilai yang lebih besar kepada sekitar 12,000 jurujual dan pelanggan PropNex.

“Struktur pengurusan yang dipertingkat ini adalah sebahagian daripada pelan induk PropNex untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dalam jangka panjang, yang diterajui oleh pengamal pasaran hartanah yang berpengalaman.

“Langkah itu juga mengukuhkan keupayaan organisasi untuk membuat penyesuaian dan agar ia kekal relevan di dalam landskap pasaran yang penuh peraturan yang berkembang dan gangguan teknologi baru,” kata PropNex.

Encik Kelvin Fong, yang kini Pengarah Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah PropNex, telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan CEO manakala Encik Eddie Lim, yang kini Naib Presiden Kanan, telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Agensi (CAO), sebuah jawatan yang baru diperkenalkan di PropNex.

Perubahan lain termasuk Encik Bobby Sng sebagai Naib Presiden Agensi (Pembangunan Kepimpinan); Encik Cijay Tew sebagai Naib Presiden Agensi (Latihan & Pembangunan); Encik Marcus Luah sebagai Naib Presiden Agensi (Pertumbuhan Perniagaan); Encik Benjamin Tan sebagai Naib Presiden Agensi (Strategi Perniagaan); dan Encik Ken Ng sebagai Naib Presiden Agensi (Pembangunan Perniagaan).

Encik Ismail akan meneruskan jawatannya sebagai Pengerusi Eksekutif dan CEO Propnex untuk memberi kepimpinan strategik dan bertanggungjawab atas keseluruhan syarikat itu.

Beliau berkata perubahan kepimpinan dilakukan sedang PropNex mengembangkan peranan syarikat dan jurujualnya agar tidak “sekadar menjadi orang pertengahan semata-mata” kepada pelanggan dalam urusan membeli atau menjual rumah.

“Pasaran hartanah tidak seperti 20 tahun lalu. Hari ini, ejen perlu melakukan lebih banyak analisis, pemahaman dan menggunakan lebih banyak alat. Pasukan kepimpinan yang diperluaskan akan memperkasakan PropNex untuk mempunyai fokus yang betul dari segi IT, latihan, pembangunan kepimpinan, kemahiran insaniah atau ‘soft skill’, dan nilai tambah kepada pelanggan,” kata Encik Ismail.

Beliau menambah, peranan CAO yang baru itu akan disokong oleh lima AVP baru, dan beliau akan bertanggungjawab dalam mengumpul idea, mengenal pasti jurang dan melaksanakan inisiatif dengan cekap dan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >