Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan separuh pertama PropNex turun 18.4% kepada $22.1j

Aug 10, 2023 | 02:59 PM



Propnex mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 18.4 peratus kepada $22.1 juta bagi separuh pertama 2023 yang berakhir pada Jun, daripada $27.0 juta dalam tempoh sama pada 2022.

Ini berlaku setelah pendapatan kumpulan khidmat hartanah itu jatuh 22.9 peratus kepada $364.3 juta daripada $472.3 juta, akibat penurunan pendapatan komisyen daripada kededua segmen perkhidmatan pemasaran projek dan perkhidmatan agensi, menurut Propnex pada Khamis.

Pendapatan komisyen daripada perkhidmatan agensi turun 13.3 peratus kepada $248.7 juta, manakala pendapatan komisyen daripada perkhidmatan pemasaran projek turun 38.1 peratus kepada $113.5 juta pada separuh pertama 2023.

Pendapatan bagi setiap saham buat separuh pertama adalah $0.0298, lebih rendah daripada $0.0365 bagi tempoh yang sama pada 2022.

Propnex mengisytiharkan dividen interim sebanyak $0.025 bagi setiap saham bagi separuh pertama 2023, turun daripada dividen setiap saham sebanyak $0.0275 bagi tempoh sama pada 2022. Dividen itu akan dibayar pada 4 September.

Ketua eksekutif dan pengerusi eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, berkata pasaran hartanah biasanya lebih lembap pada tempoh separuh pertama.

“Tahun ini, sentimen dalam pasaran hartanah diburukkan lagi dengan dua langkah penyejukan yang diperkenalkan pada separuh pertama (langkah Belanjawan pada Februari dan langkah penyejukan pada April) dan kadar faedah yang setinggi 4.5 peratus pada permulaan 2023,” kata Encik Ismail.

Syarikat itu lebih yakin terhadap separuh kedua 2023 dengan kadar faedah diramal berkurangan di bawah 3.5 peratus dan dengan pelancaran sekitar 33 projek baru.

Ia menganggarkan keseluruhan harga rumah swasta untuk tumbuh antara 4 dengan 5 peratus dengan penjualan pemaju hartanah sebanyak 7,000 hingga 7,500 unit, tidak termasuk kondominium eksekutif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >