Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CICT jual 21 Collyer Quay pada harga $688j

Hasil bersih akan diguna untuk bayar balik hutang, biayai perbelanjaan modal, kerja naik taraf aset serta pelaburan
Nov 12, 2024 | 4:44 PM
Tidak termasuk perbelanjaan berkaitan penjualan aset, hasil bersih daripada jualan mencecah kira-kira $681.7 juta.
Tidak termasuk perbelanjaan berkaitan penjualan aset, hasil bersih daripada jualan mencecah kira-kira $681.7 juta. - Foto GOOGLE MAPS

CapitaLand Integrated Commercial Trust (CICT) telah menjual 21 Collyer Quay, sebuah bangunan pejabat yang terletak di Raffles Place, dengan harga $688 juta.

Harga jualan adalah sejajar dengan penilaian bebas hartanah itu, kata pengurus amanah tersebut pada 12 November.

Savills – penilai hartanah bebas itu – menilai aset tersebut pada $688 juta pada 31 Oktober.

Penganalisis berkata penjualan aset Singapura oleh CICT boleh mengukuhkan penyata kira-kiranya dan meletakkannya untuk memperoleh aset berkualiti tinggi daripada penajanya.

Hartanah berpotensi untuk dijual yang diketengahkan oleh salah seorang penganalisis ialah 21 Collyer Quay.

Pengurus CICT merujuk kepada pembeli 21 Collyer Quay sebagai “pihak ketiga yang tidak berkaitan”.

Tidak termasuk perbelanjaan berkaitan penjualan aset, hasil bersih daripada jualan berjumlah kira-kira $681.7 juta.

Ia akan digunakan untuk membayar balik hutang dan membiayai perbelanjaan modal, kerja menaik taraf aset serta pelaburan.

Ia juga akan digunakan untuk membiayai keperluan korporat dan modal kerja am.

Menurut The Business Times (BT), urus niaga itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas pengagihan seunit CICT dan nilai aset bersih seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Berdasarkan pendapatan tahunan hartanah bersih CICT bagi tempoh berakhir 30 September dan harga yang dipertimbangkan, hasil keuntungan hartanah itu adalah di bawah 3.5 peratus, kata pengurus tersebut.

Dengan mengandaikan penjualan itu selesai dan hasil bersih digunakan untuk membayar balik hutang sedia ada pada 30 Jun 2024, pengaruh agregat pro forma amanah itu dijangka jatuh daripada 39.9 peratus kepada kira-kira 38.3 peratus.

Kumpulan Capitaland, yang merupakan pemaju hartanah terbesar Asia Tenggara, baru-baru ini mengumumkan dua Amanah Pelaburan Hartanahnya – CapitaLand Commercial Trust (CCT) dan CapitaLand Mall Trust (CMT) – digabungkan menjadi Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) ketiga terbesar di Asia Pasifik.

BT sebelum ini melaporkan bahawa pada akhir 2023, CICT mendapat tawaran bagi bangunan pejabat itu, yang mempunyai tempoh pegangan pajak selama 999 tahun. Tawaran itu dalam lingkungan antara $3,600 dengan $3,700 setiap kaki persegi (psf) untuk ruang sewa bersih hartanah itu.

Tetapi, CICT dikatakan mengharapkan harga lebih tinggi iaitu $3,900 hingga $4,000 psf, diterjemahkan kepada antara $830 juta dengan $852 juta.

Daripada menanggung risiko dan ketidakpastian, CICT mungkin melepaskan 21 Collyer Quay pada premium harga penilaian, lapor BT pada Februari 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg