Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Coca-Cola S’pura, A*STAR lancar teknologi baru, pertingkat proses pembuatan

Mar 21, 2024 | 04:44 PM



Coca-Cola Singapura dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) telah melancarkan satu huraian baru menggunakan robot untuk mengautomasikan bahagian pemasangan dan pembungkusan di kilang syarikat pembuat minuman itu di sini.

Dibangunkan bersama dengan Pusat Pengilangan Semula dan Teknologi Lanjutan (ARTC) A*STAR, kaedah robot kolaboratif baru atau ‘cobot’ itu mengautomasikan pembungkusan bahan serbuknya.

‘Cobot’ mengurangkan kerja manual, meningkatkan produktiviti dan membolehkan juruteknik pengeluaran Coca-Cola memperoleh kemahiran nilai tambah yang lebih tinggi.

Huraian robotik itu adalah sebahagian daripada strategi transformasi digital Coca-Cola Singapura.

Untuk mempertingkat proses operasi dan pengurusan rantaian bekalannya, syarikat itu akan terus memanfaatkan teknologi baru dan digital seperti robotik berasaskan kecerdasan buatan (AI) termaju, analitik data dan keterhubungan Internet.

ARTC A*STAR bekerjasama dengan Coca-Cola dan syarikat kecil dan sederhana (SME) tempatan Kowa Skymech Pte Ltd (Kowa Skymech), penyepadu sistem, untuk menyepadukan penyelesaian ‘cobot’ itu ke dalam rangkaian sedia ada kilang pembuatan.

“Di Coca-Cola Singapura, kami sentiasa berinovasi dan memanfaatkan teknologi baru untuk merevolusikan proses operasi kami di kilang.

“Kami percaya inovasi teknologi seperti penyelesaian ‘cobot’ terbaru kami akan mempertingkat produktiviti, meningkatkan kapasiti untuk pertumbuhan selanjutnya dan kemahiran pekerja kami,” jelas pengurus Coca-Cola Singapura, Encik Gerardo Artavia.

Menurut beliau, perkongsian jangka panjang mereka dengan Pusat Pembuatan Semula dan Teknologi Termaju (ARTC) A*STAR sebagai Tahap 1 ahli industri, telah membolehkan Coca-Cola Singapura memanfaatkan sumber dan penyelesaian luas pusat penyelidikan tempatan itu dalam inisiatif pendigitalan, teknologi dan aplikasinya yang terkini.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama kami dengan ARTC untuk mempercepat perjalanan transformasi kami dan menyokong strategi pertumbuhan Singapura untuk memacu usaha pembuatan lanjutan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >