Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CPF S’pura sistem pencen terbaik di Asia: Indeks Mercer

Oct 19, 2023 | 03:30 PM



Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Singapura mengekalkan kedudukan teratasnya di Asia, menurut satu indeks global tahunan.

Ia juga satu-satunya sistem pencen Asia antara 10 teratas di dunia dalam edisi ke-15 Indeks Pencen Sedunia Institut CFA Mercer yang dikeluarkan pada Rabu.

CPF naik dua kedudukan kepada tempat ketujuh daripada 47 sistem persaraan yang disemak pada 2023 oleh pakar pencen, Mercer.

Ia merupakan peningkatan dari 2022 apabila CPF menduduki tempat kesembilan daripada 44 sistem persaraan di seluruh dunia.

Laporan tahunan daripada Mercer dan Institut CFA meliputi 64 peratus penduduk sedunia pada 2023.

Singapura menduduki tempat pertama di Asia, dengan Hong Kong dan Jepun melengkapkan tiga tempat teratas di rantau ini.

Singapura meningkatkan skor keseluruhan (76.3) pada 2023 dan mencapai gred B+ buat julung-julung kalinya, terutama disebabkan peningkatan terhadap perlindungan pencen, kata ketua perniagaan kekayaan Mercer Singapura, Encik Chong Chee Loong, dalam jawapannya kepada pertanyaan The Straits Times.


Skor Singapura sebanyak 74.1 pada 2022 dan ia mendapat gred B.

Encik Chong seterusnya menyatakan bahawa skor Singapura bertambah baik sejak Indeks Pencen Sedunia tahunan itu diperkenalkan buat kali pertama pada 2009.

Data suku kedua terkini pada 2023 daripada Lembaga CPF menunjukkan bahawa jumlah baki pencarum sekitar $556.5 bilion, meningkat 2 peratus daripada 2022.

Baki pencarum dalam Akaun Persaraan (RA) meningkat 4.6 peratus dari 2022 kepada $105.5 bilion pada suku kedua 2023.

RA dicipta apabila seseorang pencarum CPF berusia 55 tahun dan simpanannya dalam RA akan digunakan untuk membayar premium bagi CPF LIFE.

CPF LIFE adalah skim pendapatan sepanjang hayat bagi individu lanjut usia yang memberikan bayaran bulanan tidak kira berapa lama seseorang hidup.

Namun, prestasi Singapura bagi komponen sub-indeks Integriti laporan itu jatuh kepada 77 mata, daripada 81 mata pada 2022, selepas perubahan dibuat kepada soalan-soalan yang digunakan dalam pemarkahan.

Encik Chong berkata Mercer menambah soalan-soalan mengenai antirasuah, kod kelakuan peribadi dan akses kepada maklumat tentang strategi dan prestasi pelaburan CPF.

Kadar kelahiran rendah dan isu lanjut usia terus membelenggu banyak masyarakat, kata Mercer dalam kenyataan akhbarnya, sambil menambah bahawa jangka hayat yang semakin meningkat bermakna sistem pendapatan persaraan perlu memenuhi tempoh yang lebih lama dalam persaraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >